Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan syarikat tempat saya kerja dah stop operasi pada setiap sabtu dan ahad.Memandangkan saya pun dah banyak "free time" maka sempatlah melayan pelbagai karenah anak-anak dan isteri.
Hari ini..Sabtu 20hb.December 2008 selepas solat asar..sempat jugalah melayan permintaan anak-anak untuk bermain di "playground..tasek,Pasir Gudang,Johor.
Asyik melayan anak-anak bermain...tak tersedar senja dah mula melabuhkan tirainya.Jelas kedengaran azan magrib mula dikumandangkan.Kami bergegas ke masjid untuk solat magrib berjamaah.
Dah menjadi satu kebiasaan bagi my family...hampir setiap sabtu malam kami akan ke Pasar Malam...so,lepas solat magrib jer..kami ke Pasar malam pasir gudang dan terus ke rumah emak di taman Rinting untuk makan malam di sana.
----update melalui handphone-----
No comments:
Post a Comment