Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

1/24/2009

Selamat bercuti pada warga SNC

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

24 January ~ 01 February 2009 merupakan hari bercuti bagi warga SNC.
Sempena cuti Tahun Baru Cina dan ditambah dengan special company off day(SCOD).

Kepada warga SNC dari kaum cina..saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dan kepada warga snc dari kaum lain....juga selamat bercuti.Moga anda semua selamat sejahtera dan enjoy......




Baca Selanjutnya »»

1/14/2009

Kepada sahabat (Jais)..bersabarlah

"Salam...ni Jais.Ana di hospital."
Itulah nada suara yang ku dapat petang tadi.Alhamdulillah...setelah balik kerja jam 5:45 petang,aku bergegas pulang..packing motor..start kereta dan terus ke Hospital Sultan Ismail,tebrau,Johor Bharu.

Mohamad Jais...seorang sahabat lama(schoolmate,housemate dan sembangmate...heee)...
From Album Lama

(Berserban..paling kanan)-foto terbaru x sempat ambil tadi.

Waktu study di Institut Berakan di Jalan Sultan Omar,Kuala Terengganu.Beliau antara rakan baik.Beliau excident di Endau Mersing dalam perjalanan ke Pasir Gudang.Menurutnya..keretanya remuk teruk...kepalanya tersepit dipintu(antara bingkai bumbung dengan bingkai pintu)..sehingga tadi pun darah masih mengalir ditelingganya.

Aku sampai pukul 6:45 petang.Sempatlah sembang dan bercerita sehingga jam 7:40 malam.
Okey..ana doa anta cepat sembuh dan dapat bertugas seperti sediakala.
Selepas solat magrib...aku kembali ke Pasir Gudang.


Baca Selanjutnya »»

1/12/2009

Aku redha terhadap ketentuanMU Allah..namun ku mohon percepatkan sembuh dan sihatnya

Sebulan lebih telah berlalu.....kami sekeluarga di uji dengan sakit "gatal dan kudis malam".

Siang dan malamnya amat gatal dan bangun pagi esoknya pasti timbul nanah di sana sini.
Paling teruk adalah angah,along dan adik.

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)




From My Family Album(2009)


Saya sedar "setiap musibah yang berlaku itu adalah ujian dari Allah dan perlukan kesabaran dalam menghadapinya".Saya patuh dan redha terhadap ujian ini.

Namun begitu sebagai ikhtiar..saya merayu dan memohon padaMU ya Allah,agar mempercepatkan sembuh dari sakit ini...aminnn.


Baca Selanjutnya »»

Cuti hujung minggu...ziarah atuk dan atuk sedara

Kesempatan cuti Sabtu dan Ahad...kami sekeluarga balik ke kampung atuk(sebelah isteri) di Parit Asam Kumbang,Benut,Pontian.

Sebenarnya,kami baru lagi balik(kenduri selamat majlis kahwin acik Nor) tempohari..tapi memandangkan sabtu dan ahad tak bekerja...apa lagi...jommm ajelah.

Bertolak dari P.G jam sebelas malam dan sampai di rumah atuk jam 12:15 malam via highway.Sampai jer kat kampung terus tidur.....wahduu...memang sejuk sangatlah malam tuu...guna selimut tebal pun masih kesejukan...

Jam 11 pagi ziarah atuk sedara(adik arwah atuk) di Parit Lapis Semerang,Batu Pahat.2009 - usianya mencecah 100 tahun.
From My Family Album(2009)



From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)



Kembali dari Parit Lapis Semarang singgah sekejap di Parit Sri Baharom,Batu Pahat.Singgah tenggok kambing.Heee...buka kisah sILaM sikit..pada asalnya ari tu nak buat projek penternakan kambing..tapi memandangkan ada sedikit masalah tempat...akhirnya tumpangkan di kandang bapa kawan Ujang.Sehingga kini pun masih lagi di situ...

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)





Baca Selanjutnya »»

1/07/2009

Alhamdulillah..selamat berpuasa 10 Muharram

Alhamdulillah...ramai antara kita yang berpuasa hari ini(10hb.Muharram 1430)....
TAHNIAH DAN MOGA DIKURNIAKAN KELEBIHAN - KELEBIHAN 10 MUHARRAM OLEH ALLAH KEPADA UMMATNYA YANG BERPUASA...amin...

Sebenarnya banyak kelebihan dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang berpuasa pada 10 Muharram.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Refer di sini


Baca Selanjutnya »»

1/05/2009

1st Day Kerja - 2009

Hari ini 5 Jan 09 adalah 1st day kerja buat warga SNC bagi tahun 2009.Selamat kembali bertugas untuk semua.

Minggu ni production masih belum ada..jadi banyaklah "kerja-kerja amal" yang terpaksa kena buat.

Walau apa pun,kita harus dan mesti bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang bekerja di snc.Banyak antara kilang di Pasir Gudang sudah mengambil pelbagai tindakan bagi menyelamatkan operasi masing-masing. Ada antaranya kena berhentikan dalam pelbagai keadaan.

Untuk itu bekerjalah elok-elok dan jagalah prestasi masing-masing.Apa pun boleh berlaku dalam keadaan sekarang.

posting via hset-

Baca Selanjutnya »»

1/03/2009

Mungkin juga satu teguran Tuhan kepada kita

Kemelut serta musibah ekonomi global yang sedang melanda kini...mungkin juga satu teguran Tuhan kepada kita semua.Suasana kekukuhan serta kemantapan ekonomi sebelum ini membuatkan kita "terlampau mengejar kebendaan" sehingga kita lupa akan siapa diri,siapa Tuhan,kehidupan sementara serta kehidupan kekal abadi yang mesti dilalui oleh setiap insan.

Kita lupa "banyak perkara" samada yang disuruh atau yang dilarang oleh Tuhan.Usahlah saya detailkan mengenai "perkara yang dilupai" itu...faham dan hayatilah masing-masing,beristiqfar serta tepuk dada - tanya IMAN.

Dikesempatan ini hanya satu perkara sahaja yang ingin saya sentuh dan ingin kongsikan bersama iaitu solat berjamaah di masjid.

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).



“ada seorang buta datang mendapatkan nabi S.A.W katanya: “ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dimohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “adakah anda dengar panggilan azan?” ujarnya: “ya.” Maka sabda baginda pula: “kalau demikian, datang sajalah!” (riwayat muslim) Sedangkan orang yang buta pun nabi suruh solat berjemaah di masjid, inikan lagi orang yang sempurna. So, diri tu kan tak buta dan boleh mendengar, pergi la ke masjid!



Dari ibnu umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda: صَلاةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الفًذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً –متفق عليه Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh darjat.

Dari itu saya mengajak diri saya dan kesemua yang mengaku dirinya muslim...berjinak-jinaklah ke masjid untuk solat berjamaah.



Baca Selanjutnya »»

1/02/2009

1 Jan 2009 - Catatan Pertama Untuk 2009

Emmm...masa dan waktu terlalu pantas bergerak dan berlalu.Hari ini..tanpa ku undang..2009 telah datang..tak apalah...WELCOME YEAR 2009.

Kedatangan tahun baru(Masihi)...biasalah bagi insan yang bergelar "ayah,abah dan seumpamanya"...pastinya sibuk mengurus urusan kelengkapan persekolahan anak-anak.Al-maklumlah beberapa hari lagi waktu persekolahan akan tiba.

Aku..juga tidak terlepas dari suasana itu.

From My Family Album(2008)
(Along)


From My Family Album(2008)
(Angah)

Sebelah pagi..aku ke sekolah agama taman Pasir Putih untuk mengetahui kedudukan kelas bagi along(Imamuddin Abdul Muhaimin) dan angah(Muhamad Imahaikal Naim).Disamping itu juga membeli kitab-kitab agama persekolahannya beserta dengan bayarannya.Alhamdulillah..bagi bayaran yuran telahpun dilangsaikan sehingga bulan May 2009.

From My Family Album(2008)
(Kakak)

Selesai di sekolah agama Taman Pasir Putih..aku ke Pasti Taman Pasir Putih bagi membuat bayaran yuran sekolah kakak(Nur Husna Haziqah).Nurhusna Haziqah akan mula bersekolah di tadika tersebut pada hari Selasa(6/1/2009).Hari kedua persekolahan.

Selamat kembali ke sekolah semula buat along(Imamuddin Abdul Muhaimin) dan angah(Muhamad Imahaikal Naim).Kepada kakak(Nur Husna Haziqah)..selamat menempuh alam persekolahan.Semuga kesemuanya diberikan ketabahan,kekuatan serta dikurniakan kejayaan oleh Allah.

- Dari Abah dan Ummi -







Baca Selanjutnya »»

1/01/2009

Selamat Datang 2009

2008 sudah tidak ada detik lagi.Apakah perlu "dipanggil lagi" bagi mereka yang tidak cukup waktu dengan 2008?
Ohh..tidak."Pastinya masa yang berlalu tidak akan kembali lagi". Selamat tinggal 2008.Hanya memory dan kenangan yang kau tinggalkan.

Kini detik 2009 telah bermula.Kesemua warga dunia menyambutnya."SELAMAT DATANG 2009"...besar harapanku kepada mu...(tidak bermaksud menyamai Allah)


Pixel Code Graphics



KESEMPATAN DI SINI SAYA RAKAMKAN UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU - 2009 kepada semua sanak-saudara,sahabat dan para pengunjung web ini.Doa dan harapan dari saya moga di tahun 2009 ini kita semua dapat menjalankan tugas-tugas kita dengan baik,lancar dan sempurna.Manakala segala impian dan hajat baik kita diterima serta ditunaikan oleh Allah.Begitu juga dengan perkara-perkara yang tidak elok..minta dijauhkan...aminnnn.


Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox