Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

10/27/2008

Selamat Hari Jadi

Assalamualaikum..

(17hb.Okt.2004 ~ 17hb.Okt.2008) = Umurmu genap empat tahun.

Buat puteri bongsuku(setakat inilah... haa..haa...haa...) Nur Aqilah Syahmi Binti Hazimi..
"selamat hari jadi" dari abah,ummi,along dan angah.
Doa dan harapan dari abah serta ummi semoga "Aqilah" sentiasa dalam bimbingan serta rahmat dari Allah.Abah dan ummi juga mengharapkan"Aqilah" sentiasa berjaya dalam mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat.

Emm....dahlah..jangan banyak merajuk sangat sayang....

"SELAMAT HARI JADI DARI ABAH DAN UMMI"


From Hazbj Family


...betul kee....puteri bongsu...????

Maaf abah terlupa belikan hadiah....okey...besok abah akan belikan.


Baca Selanjutnya »»

10/22/2008

Hubungan Kekeluargaan Perlu Dipertingkat Dan Dikembangkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah dan syukur....kita masih dikurniakan dengan pelbagai nikmat dan rahmat oleh Allah s.w.t.Sesungguhnya nikmat Allah terhadap kita terlalu banyak dan tidak terhitung banyaknya.
Menyedari dan menginsafi hakikat tersebut maka kita wajib bersyukur kepada Allah pada setiap masa dan ketika.

Kita pun masih lagi berada pada "mood raya".Banyak rumah terbuka aidilfitri yang kita masih hadiri samada kawan,rakan ataupun saudara mara.Selain menjamu selera dengan pelbagai juadah yang melazatkan kita juga dapat bermaaf-maafan serta bertemu muka setelah sekian lama tidak berjumpa disebabkan oleh kesibukan aktiviti masing-masing.

Bagi saya sekeluarga aidilfitri yang di sambut saban tahun tidak ada yang "paling seronok" melaikan dapat bertemu,berbicara serta bermaafan dengan rakan atau saudara-mara yang telah lama tidak berjumpa.Cukup seronok.

Sebelum Ramadhan tempohari..saya termenung seketika.Terasa dan tersentuh hati ditika itu...."aku hanya dua beradik sahaja di P.Gudang nie...balik kampung dahlah sekali atau dua kali sahaja dalam setahun.....ramai antara saudara-maraku dah lama tidak bertemu bahkan sangat sukar untuk bertemu...dan tidak mustahil lima atau sepuluh tahun akan datang aku tak mengenali anak saudara atau saudara-mara yang lain...."....dan agaknya apakah tindakan yang perlu aku ambil?Berhenti kerja di P.Gudang dan balik kampung?Pada awalnya...kata hati okey juga...tetapi sekali lagi fikir...rasanya tak bolehlah...lagi banyak problemnya...

Fikir punya fikir...saya cuba tenangkan hati...timbul kata hati..."bukan aku seorang jer yang meninggalkan kampung dan bekerja di tempat lain.Sebagai contoh..masyarakat Indonesia.Mereka keluar kampung halaman dan bekerja di negeri orang...tiga atau empat baru dapat balik kampung.Lagi dasyhat.Aku hanya sekali atau dua sahaja dalam setahun.Tak leh tahan ker???

Okeylah...saya ambil kata putus...jika saya balik dan kerja dikampung pun..bukannya selalu sangat saya jumpa mereka.Mereka pun ada tugasan masing-masing.Jadi, saya ambil keputusan untuk "tetap berada di Pasir Gudang dan bagi menambahkan rangkain rakan atau sanak-saudara..saya perlu wujudkan satu link yang baik di internet yang boleh memaparkan berita-berita serta salasilah yang lengkap.

Saya sahut kata hati itu...dan inilah sebagai buktinya(SILA LIHAT PADA LINK WEB SAYA-HAZBJ).Kesemuanya itu masih lagi dalam proses mengemaskan data.Saya harap....kepada rakan dan sanak saudara yang ada web sila tinggalkan pesanan anda di s.box atau bagi yang belum memiliki web..tolong creat satu blog.Banyak blog yang menawarkan pakej percuma.

SALAM PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN DARI SAYA.



Baca Selanjutnya »»

10/20/2008

Aidilfitri 2008 - Beberapa Catatan (Catatan 5)


Beraya di Jay Bee....

Isnin hingga Jummat..sibuk bekerja.Segala aktiviti beraya kami stopkan dahulu.Pagi Sabtu kami ke rumah Mak Long di Felda Air Tawar 1.Atuk isteri saya pun ada di situ.Sebelum ke Felda Air Tawar 1..kami singgah sekejap beraya dirumah cikgu Hafiz dan rumah ustazah Aisyah di bandar Kota Tinggi.






..Angah...di rumah Ustazah Aisyah












.....along dirumah ustazah Aisyah















Kenangan bersama atuk

















Kenangan....Comel dengan atuknya
















Posting- Atuk dan comel.

















Kenangan..di rumah Pak Long















Kenangan..di rumah Pak Long













Okey..jam 6 petang kami bertolak ke Benut..rumah atuk sebelah emak mertua.





Emm..banyak lagi kuih raya....makan ajelah.















..Kenangan...atuk















Kenangan...Atuk dan comel



















..Pak Long...posting baik punya...hah..hah...













Besoknya..Ahad 19hb Syawal...singah beraya di rumah Acik Mimah(adik emak) di Taman Universiti,Skudai.




....mee soup..best tuu..tiga kali tambah..
















..tengok kami makan..Acik Zul pun tak leh tahan...












Sejam selepas itu kami singgah di rumah Acik Milut(juga adik emak) di Senai.



....ini dia acik Milut....


















Anak-anak saya...pasal habiskan...no 1
(angah,along dan aqilah)












Emmm....saya rasa untuk catatan aidilfitri 2008...saya akhirkan di sini sahaja walaupun banyak lagi tempat-tempat lain yang kami kunjungi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri - maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga untuk anda semua.






Baca Selanjutnya »»

10/18/2008

Aidilfitri 2008 - Beberapa Catatan (Catatan 4)


Catatan 4

02hb.Syawal - Masih lagi saya catatkan beberapa catatan kenangan kekeluargaan - raya 2008.Lagipun blog ini 'KHUSUS" diwujudkan untuk "CATATAN KELUARGA SAHAJA".Bagi saya ianya penting sebagai kenangan keluarga di masa akan datang(umpama baca dairy lama gituhhh) dan juga menambahkan ikatan kekeluargaan antara satu sama lain.

Okey...kami dah sepakat semalam bahawa raya kedua kami nak hantar adik Zain
untuk beraya di rumah mertuanya di Tanah Merah,Kelantan.Kami bertolak jam 9.00 pagi(masih lagi tiga kereta).Sebelum ke Tanah Merah kami beraya dirumah Mak Sue(adik mak) di sebelah pejabat pertanian Ketereh.Dah empat tahun saya tak ziarah mak su sekeluarga.Al-maklumlah balik kampung sekali dua jer dalam setahun dan cutipun bukanlah boleh ambil lama sangat.Beberapa anak mak sue tak ada di rumah kerana balik ke rumah mertua masing-masing.Sambutan dan sikap Mak su dan pak su melayan "anak buah" datang tak ubah seperti dulu-dulu...."ceria dan meriah"...cuma saya nampak kesihatannya susut sedikit dan kurang bermaya.Mungkin kerana usia mereka dah tua...atau diusia muda dulu banyak lakukan kerja-kerja berat serta kurang rehat yang sempurna demi untuk menyarai anak-anak.





Pak Sue,Mak Sue,Syarifah dan isteri Syukri.

















Sempat juga posting dengan keluarga mak sue(Saya dan adik Zain).

















Emm..anak-anak kalau ada cerita cartoon yang diminatinya...diajak makan pun tak "gerakk"....adik Uda dan Lan pun sama...heh..heh..heh..

...jomm,jomm makan....cepatttt!!!











Selepas itu kami ziarah dan beraya sekejap di rumah Pak Ngah Lah(abang Mak).Emm..nie lagi lama saya tak ziarah....enam tujuh tahun ada rasanya.Maaf saya catatkan perkara peribadi keluarga di sini...dan yang penting catatan ini sebagai "tazkirah serta teladan" untuk kita semua terutama diri saya sendiri.

"Kita saudara mara...
ditinggalkan kita harta pusaka.....
tidak seberapa....

TETAPI....
disebabkan pusaka yang tak seberapa itulah kita...
kita bersengketa...
tidak bersua muka...
tidak mengaku saudara...
tidak menyapa tika bersua...

TANPA KITA SEDAR
sebenarnya ia...
banyak merugikan kita...
kemesraan tiada antara kita...
sakit demam tiada ziarah antara kita...
berkat Allah belum pasti ada antara kita...

OLEH ITU

Saya ambil keputusan semula...
hubung dan rapatkan kembali antara kita...
yang lepas-lepas usahlah diungkit dan dikenangkan semula..
umur kita pun dah mula menuju penghujung usia...
keredhaan Allah adalah matlamat kita....

BERJANJI DAN BERUBAHLAH...
tak kemana pun kita jika terus bersengketa...
harta pusaka itupun telah tiada..
walaupun emak tidak dapat pusaka....
tak apalah....kesemua itu tidak kekal belaka...
yang kekal hanya Allah yang Maha Kuasa...

OLEH ITU
Maafkan saya...
datanglah ke rumah emak kita....
yang pasti..emak kita tidak apa-apa...
satukanlah saudara kita...
redha Allah matlamat kita...

Salam aidilfitri buat Pak Ngah Lah sekeluarga.


Walaupun gambar tak jelas sangat tetap saya upload juga sebab terasa sangat seronoknya bila dapat bersua kembali bersama Pak Ngah.

-satu lagi jurufoto yang ambil gambar tuu tak ada "sijil fotografi"..baru ditahun dua...heh..heh..(Naim)












Dan...untuk Pak Ngah juga..doa dan harapan saya moga cepat sembuh disebabkan excident satu hari sebelum raya.Excident itu (langgar kereta packing)menyebabkan beliau pengsan dan dimasukkan ke hospital.Petang satu hari raya baru boleh balik umah.


Okey..jam 12:15 kami bertolak ke Tanah Merah..wahh "sesak bangat"...terpaksalah hadapi juakan? nak wak camno.Malangnya antara kami ramai yang perut dah meragam.Nak singgah petrol pam...tak kelihatan pulak..termasuk saya sendiri...so saya dah mula pening..antara kereta saya dengan kereta adik Deen dan Su dah ketinggalan jauh sangat.Tiba-tiba saya tenggok mereka dah guna laluan "hala orang lain".Ada kenderaan dari depan dia orang himpit sebelah.Apa lagi..saya pun follow sama.Maaf ya orang sebelah kerana himpit-himpit awak..terpaksa.




















Kami sampai di rumah Suhaila jam 3:15 petang.Selepas solat Zohor jamak dengan asar kami dihidangkan "laksa jok"...best bangat.Dah lama betul tak makan "laksa jok".Rasanya last saya makan waktu awal sekolah menengah dulu...cukup lama.Apa lagi..balong habis...kesian Suhaila tak dapat makan....heh..heh...ingat banyak lagi kat dapur......jangan marah....terpaksalah Suhaila makan nasi putih jer.Sambil makan sempat sembang dengan ayah Suhaila dengan pelbagai topik terutama sejarah 'Paloh"dan "Tok Paloh"dan pelbagai lagi kisah-kisah lama.Seronok...(nanti jika ada kesempatan saya akan search di internet mengenai kisah-kisah tersebut.)
Beberapa foto kenangan di rumah Suhaila.




..Sedap....kesemua macam tak sedar diri makan lakso jok....

































Sedap ....Ayah Sue dia....hirup kuah sampai kering.....

















Emmm....dah kenyang bangat tuhh...kesian orang belakang dapat makan nasi putih sahaja....tak patut you!!!!

















Ceria....
Dok asyik tambah pada orang lain....tak sedar...kehabisan lak...

















Ceria.....Syabil dapat jumpa bapa saudaranya..
..sebaya pulak tuu...











Okey...kisah raya yang lain-lain tu....tak yahlah masuk lagi kat sini....cuma sedikit tambahan lagi..saya sekeluarga kembali ke Jay Bee pada petang 5hb.Syawal.Pagi sebelum bertolak balik abang Mid call suruh datang panjat "duku" dikebunnya(berhampiran rumah ibu kak Zah)..tiga guni besar.

Sampai di rumah ayah...ada tetamu(Norhafiza sekeluarga).Sudah lama betul saya tidak bersua muka dengannya.Beliau kini bertugas di Melaka.




Norhafiza sekeluarga.(turut sama emak,comel dan Suhaila)















Kakak Sepupu dari Kelantan(foto 1)
(Namanya terlupa pulak)













Kakak Sepupu dari Kelantan(foto 2)
(Namanya terlupa pulak)













Kesemuanya telah siap...untuk bertolak.Saya pandang ayah dan emak...sayu,sedih rasanya.Saya anak lelaki berada jauh dengan mereka berdua.Sekali atau dua sahaja dalam setahun antara kita berjumpa dan bersua.Hati saya sedih...bergelinangan air mata sayu...entah bila kita nak jumpa lagi...entah bila saya dapat peluk cium mereka lagi???...tak apalah..Ya Allah...sihatkanlah kedua orang tuaku...berikanlah segala kebaikan kepadanya...

Kami singgah sekejap di rumah adik Mah..ada kenduri arwah dan sambut menantu.
Jalanraya tak sibuk sangat.Kami singah solat magrib jamak insyak di rumah Pak Muda di Felda Jerangau. Pak Muda pun dah uzur.Pendiam dan tak nak bercakap sangat.Jika kita tanya dia..kita ni siapa..dia ingat nama dan anak siapa.Cuma satu yang saya terkejut..waktu bersalam nak balik ke jay bee...terkeluar perkataan darinya...."bawa kereta baik-baik di jalan raya...."
terkejut saya.....
















Kami sampai di Pasir Gudang pukul 2:45 pagi.Sesampai jer,,masuk rumah dan terus tidur..esoknya bekerja dan anak-anak akan ke sekolah.










Baca Selanjutnya »»

10/16/2008

Aidilfitri 2008 - Beberapa Catatan (Catatan 3)


1 Syawal bersamaan 1 Oktober 2008 - Hari Raya aidilfitri.

Ayah tidak ke masjid kerana uzur.Saya dan yang lain-lain ke masjid Kampung Dengir untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Abang Mid pula berkhutbah dan imam solat di surau kampung Bukit Puteri Dalam.Kampung asal saya.

Selepas solat aidilfitri saya mulakan ziarah di rumah sanak saudara.Maklumlah pulang ke kampung sekali setahun dan kesempatan inilah yang mesti diambil untuk bersua muka serta bermaaf-maafan.Saya convoi 3 kerata(adik sue dan adik Uda),(Adik Deen)dan kerata saya sendiri dengan disertai adik Zain sekeluarga. Kami mula dengan rumah Pak Sue di kampung Pinang,Kampung Raja.Sudah empat tahun saya tidak ke rumah Pak Sue.







Pak Sue,saya,adik Zain dan adik ipar(Lan).











Selepas itu kami berziarah dan beraya dirumah abang Long(anak ayah dari isteri pertama(Khadijah) di kampung Kayu Kelat,Kuala Besut.





Abang Long,saya dan adik Zain














Tekun..bukan menonton apa-apa..sembang jer tuu..














Kelihatan anak saudara saya (Sarimah-baju kuning)










Kemudian kami ke rumah sepupu - abang Yaakob di kampung Nangka,Kuala Besut.Emm..rezki kami untuk makan ketupat dirumahnya tidak kesampaian.Beliau dan isteri tiada dirumah.

Kami singgah beraya di rumah arwah Pak Long di kampung Beris Baru,Kuala Besut.Sempat jumpa dan beraya dengan mak Long,Mie dan beberapa sepupu yang lain.Kesemua mereka itu berada di KL dan Perak kecuali Mie ajer kerja di kampung.Gambar kenangan tiada dirakamkan di sini - terlupa.

Emm...kepenatan,panas dan kurang selesa..kami putuskan untuk balik dahulu untuk mandi dan rehat sekejap.On the way..saya masuk melalui jalan kampung asal saya(bukit puteri Dalam)...cukup sunyi..singgah jap dirumah abang Mokhtar(abg Tar)...sembang jap dalam 40 minit.Sampai rumah ayah....dah tak ada ruang nak packing kereta...kereta tetamu dan anak-anak ayah.

Selepas mandi dan solat zohor...saya ke rumah Pak Da(abang ayah) di kampung Gong Penaga,Pasir Putih,Kelantan.Pak Da amat rapat dengan keluarga saya.Dulu..waktu pernikahan saya di Pasir Gudang...beliau ada datang.Pak Da mengadakan majlis kenduri tunaikan hajat - anak yang beliau pelihara lewat dapat zuriat.Katanya jika dapat zuriat...beliau akan korbankan lembu.Jadi,hajat untuk dapatkan cucu tercapai dan nazarnya pun tertunai sudah.
Okey..untuk hari raya pertama ini saya akhirkan ziarah di sini sahaja memandangkan tetamu yang datang terdiri dari sanak saudara kesemuanya.Ramai dapat bersua muka di situ.
Anak saudara yang baru kahwin(Na) dan adiknya (Ie)...dapat bertemu...tapi sayang ..terlupa untuk rakamkan foto.

Beberapa foto sekitar hari raya pertama



















































Baca Selanjutnya »»

10/13/2008

Aidilfitri 2008 - Beberapa Catatan (Catatan 2)


Catatan 2

29hb.malam..selepas solat magrib berjamaah yang diimamkan oleh ayah..kami sembang dengan pelbagai issue dan kebisingan anak-anak(
mereka pun buat team gak...) tanpa sedari jam dah pukul 8:30 malam...terlepas untuk dapatkan berita pasal raya jadi tak besok...on tv...tak ada apa-apa tanda esok raya...adik Mah sms pada adik zah di PD....kata Zah raya raya 1hb lah.....
"wah esok kena puasa lagi".....rintih angah(anakku).


Kami semua ambil wuduk dan solat Insyak berjamaah berimamkan ayah.Balik kampung kali ini nampak sangat"tua dan tak sihatnya ayah dan emak"...apatah lagi dengan sakit ayah yang tak pernah "baik" sepanjang empat puluh lapan tahun.Sakit ayah sama dengan usia abang Mid(1960-2008).Saya amat bersimpati dengan sakit ayah dan di situ juga saya amat kagum dengan "semangat ayah dalam melawan" penyakitnya.Ayah tidak pernah mengeluh dan saya pun tahu sakitnya itu sewaktu berusia 17 tahun(1988).Ayah sembunyikan sakit dan keperitannya itu dari anak-anak...(tak mahu susahkan anak-anak katanya).Apa pun kami anak-anak tetap dan terus berdoa semuga suatu hari nanti sakit ayah akan sembuh dan orang yang lakukan pada ayah itu diberikan keinsafan.
Biasalah...berkumpul dimusim perayaan..riah rendah anak cucu dan anak menentu.Suasana hingar bingar dengan ketawa dan kejar-mengejar cucu-cucu ayah.Paling "kepoh" sekali anak adik Huda"Ifham"..diikuti dengan anak-anakku dan anak adik Zain.












30hb. Emm nilah hari terakhir puasa bagi Ramadhan utuk tahun ini..besok dah raya.
Memandangkan emak dan ayah tak sihat serta uzur...pelbagai persiapan raya dilakukan oleh anak menantu serta cucu yang dah remaja.

Aktiviti pertama tangkap ayam kampung di reban.Planning raya tahun ni makan satay "ayam bandar" dan "ayam kampung".kebetulan pula kata ayah..ayam kampung dah banyak sangat..tak ada orang nak makan nanti....
"Jeng...jeng..jeng...pintu reban saya buka"koho-koho"...nampaknya tangan yang ku hulurkan...bertempiaranlah...tiba-tiba dinding reban disebalah belakang pecah...apa lagi bertempiaranlah melarikan diri..."dok tingga seko"..."melepas nak makan satay ayam kampung"....

Emm..yang jelasnya hanya "satay ayam bandar ajerlah ya...


















Saya,adik Sue,Suhaila, isteri dan emak.
(Proses nak wak satay)




Emak...walaupun uzur dan tak sihat turut "mencelah" untuk 'memeriahkan" suasana.
Itulah sikap emak yang ku kagum....




















Selepas "kerjakan ayam" saya,adik Sue dan Uda ke Pasar bandar Pasir Putih.Selain temankan Uda berbelanja sebenarnya saya kempunan ingin makan" soup belut sawah".Biasanya belut sawah banyak dijual di
Pasar bandar Pasir Putih.Planning..alang-alang dapat belut sawah...mahu borong dalam 50~60 ekor.Suasana agak sesak juga.Emm..sekali lagi..memang kempunan sungguh..pada hari tersebut belut tidak dijual.

Pulang dari
Pasar bandar Pasir Putih...saya dan isteri merayap jap ke Bandar Jertih.Bagi menggelakan dari kesesakan yang teruk...saya hanya guna motor ayah jer.Suasana sesak dan panas membuatkan kami suami isteri tak tahan..pening kepala.Setelah berbelanja sedikit sebanyak kami pulang sahaja.

Berbuka puasa petang itu amat meriah bagi saya.Apa tidaknya...setelah setahun aku tidak berjumpa dengan adik-beradik.Last saya pulang kampung ialah majlis kahwin adik Sue tahun lepas.Raya puasa hari kelima.Apa tah lagi apabila dapat bersama dengan keluarga abang Mid.

Solat Magrib dan Insyak berjamaah diimamkan oleh abang Mid.Selepas solat Insyak kami seisi rumah mendirikan solat hajat khusus untuk kesejahteraan kesihatan ayah.














































"Ya Allah ya Tuhan kami.Pada malam ini kami berkumpul, terdiri dari anak-anak dan menentu serta cucu-cucu memohon,merayu,meminta kepadaMU agar segera sihatkan ayah kami setelah menderita sakit sekian lama.Berikanlah balasan setimpal kepada orang yang mengkhianati ayah kami.Sesungguhnya tentera-tenteraMU amat lengkap,amat hebat...hancurkan dan balaskan azab kepada mereka yang mengkhianati ayah kami.Kami
anak-anak dan menentu serta cucu-cucu simpati dan merasai bersama kesengsaraan serta kesakitan yang ayah kami tanggung.Oleh itu Ya Allah...perkenankanlah doa dan permintaan kami...sihatkanlah ayah kami dan azabkanlah mereka yang bersekongkol dengan syaitan mengkhianati ayah kami.Kami juga memohon kepadaMU..kurniakanlah kesembuhan terhadap kesakitan yang dihadapi oleh saudara kamdung kami..adik Zain............"

Emm..aktiviti gotong royong cucuk satay.





























































Hah..bakar kepak ayam dan satay pulak.











































































Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox