Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

12/23/2008

Perlunya kita fahami,insafi serta jauhi

"Call back,ada hal yang nak dibincangkan".Itulah massage pendek yang saya terima malam ini.

Entah...macamana nak dimulakan celoteh malam ini dan tajuk apa yang nak diberikan.Serba salah...posting kat sini pun salah dan tak posting pun salah.Apa pun,maafkan saya kerana postingkan artikal ini.Kepada yang "berkenaan" perlulah "sedar" dan bertindak "menginsafi serta menjauhi".


Di ketika ini"insan tersayang kita" kurang sihat dan sememangnya tidak berupaya untuk melakukan pelbagai kerja.Memang tidak boleh!!!Ketika sihatnya...pergerakannya lincah ke sana kemari...mencari sesuap rezki untuk "tanggungannya"...penat,letih,susah..sukar...umpama tidak pernah ada didalam kamus hidupnya.Saya kagumm dan amat kagum.Saya sendiri pun tidak mampu punyai sikap dan semangat sebegitu.

Menyedari dirinya"tidak berilmu"..beliau berusaha gigih membesar dan menyekolahkan anak-anaknya dengan harapan semoga suatu hari zuriatnya menjadi "orang yang berilmu".

Saya sedar...ada beberapa unsur "negatif" menyelinap,bersarang dan berkembang di situ...setakat ini saya tak mampu untuk berkata-kata dan bersuara secara nyata.Bukan kerana takut atau seumpamanya tetapi lebih kepada ingin menjaga keuntuhan "hubungan sesama kita".Sebelum ini pun telah banyak kali saya menyuarakan pandangan serta menasihatinya...namun kesemuanya itu umpama mencurahkan air kedaun keladi aje.Hati geram dan marah serta tak merestui..tapi jika diluahkan lagi untuk kesekian kali pasti... menjadi "cerita lain pulak."

Amat sukar untuk diungkapkan..walaupun dengan tulisan.

Cuma..di sini...saya ingin nasihatkan kepada yang berkenaan agar memahami,mengenali hak-hak kepunyaan siapa.Menginsafi terhadap kesilapan yang telah dilakukan dan beriltizam....tidak akan mengulanginya lagi.

Konsep malu dan takut perlu di amalkan.Malu pada Allah,pada orang-orang yang hampir dengan kita.Andainya terdapat "benda" yang belum dipulangkan...pulangkanlah pada yang hak.Jika tidak mampu..bawa berbincanglah dan jangan diammm membisu seribu bahasa.Jika anda masih "bersikap tidak elok" begitu..suatu masa "pelbagai kemudharatan akan menimpa diri anda"

Oleh itu...sedar,insaf dan berubahlah....Moga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepada "yang berkenaan".


No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox