Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

3/31/2009

Happy Birthday buat Kakak(Nur Husna Haziqah)

30hb.March adalah harijadi buat kakak(Nur Husna Haziqah).

Selamat Harijadi buat kakak dari abah dan ummi.Umur kakak dah masuk enam tahun.

Doa dari abah dan ummi moga kakak "membesar dalam rahmat dan pelihara oleh Allah"...mudah-mudahan - aminnn.

Walau apa pun maafkan abah dan ummi...tak sempat nak belikan kek.Bukannya abah dan ummi "lupa"..cuma abah "ragui kesucian" kek-kek yang ada dipasaran sekarang.Tak apa,nanti abah suruh kawan ummi(ustazah...lupalak namanya) buatkan.

Apapun...abah posting gak gambar(harijadi) tahun lepas...just wat "gempak" jer...heee..heee

From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)






Baca Selanjutnya »»

3/29/2009

Emm Kesian Farhan

Emm..kesian Farhan...demam panas.

Sempat aku singgah ziarah tadi di hospital Sultan Ismail,Pandan.Turut sama datang tadi adalah along,angah,kakak dan adik.Ummi tidak ikut sebab berada di Perlis kerana kursus.

Terkejut tenggok badannya yng susut.Apapun moga cepat sembuh.Demam panas macam nie pernah terkena pada Haziqah.Seminggu berada di wad hospital pakar Puteri...keluar dari situpun tetap juga demam.(Demam panas mengejut - tiba-tiba panas yang teramat sangat).

Sabar ya..Farhan!!!

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)

Ya Allah percepatkan sembuh "anak saudaraku ini - amin.





Baca Selanjutnya »»

Happy Birthday buat Angah

Assalamualaikum.

Emm..Happy birthday buat Angah yang jatuh pada hari Jumaat lepas(26 March).
Moga Angah dirahmati oleh Allah sentiasa.
From My Family Album(2008)

Maafkan abah dan ummi..kerana tidak dapat membeli kek untuk harijadi angah.Bukan apa..mungkin sedikit sibuk tapi yang pastinya abah meragui kesucian kek itu sendiri.Tak apalah..abah akan gantikan dengan barang lain nanti ya!!

Okey...sekali lagi Happy Birthday dari abah dan Ummi.




Baca Selanjutnya »»

3/08/2009

12 Rabiul Awal - Salam Maulidurrasul


















Alhamdulillah...12 Rabiul Awal datang lagi!!!Memang masa dan waktu amat mencumburui kita semua.Rasanya terlalu "baru lagi" menyambut Maulidulrasul tahun lepas tiba-tiba ia muncul lagi.

Apakah kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dunia? Walau apa pun,marilah kita "menyambut maulidurrasul" ini dengan sama-sama kita bermuhasabah semula tentang hidup kita.Adakah kehidupan kita menepati sunnah cara hidup Rasulullah s.a.w?Apakah kerja kita,ibadat kita,cara hidup kita,berpolitik kita dan seumpamanaya telah menepati suruhan serta cara Rasulullah s.a.w.?Rasulullah s.a.w diutuskan sebagai "rahmat" ke pada seluruh alam ini dan di sana terdapat contoh tauladan yang mesti diikuti oleh ummat islam.


Oleh itu..marilah kita insaf dan sedar..jika kehidupan kita masih jauh dengan cara hidup Rasulullah s.a.w..berusahalah..untuk menghayati dan beramal dengan cara hidup rasulullah s.a.w terutama untuk "tunduk dan patuh" terhadap suruhan-suruhan Allah dan menjauhkan apa yang ditegahNya.

Pengertian Rabiul Awal
Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Sumber rujukan al-azim


Baca Selanjutnya »»

3/04/2009

Al - Fatihah buat adik Zain

Al-fatihah buat adik Zain kerana telah kembali ke rahmatullah pada 02hb.March 2009.Beliau mengadu sakit dada dan sesak nafas setelah selesai berwuduk dan menanti masuk waktu untuk solat Insyak.Beliau menghembuskan nafas disisi isterinya.
From My Family Album(2009)
From My Family Album(2008)

Adik Zain adalah anak ke-enam dari kami adik beradik dan dia adalah yang paling awal "meninggalkan" kami.Kami redha dengan pemergiaan ini dan kami serah kepada Allah dan kami semua mengharapkan kemaafan serta keampunan terhadap segala dosa serta kesalahannya oleh Allah Tuhan yang memiliki alam ini.

Zain adalah "pesakit jantung berlubang" sejak dari lahir lagi(1972).Banyak usaha telah dilakukan untuk mengubatinya.Namun sakitnya tak juga sembuh.Doktor pernah menyarankan agar dibedah di Manila(pada waktu itu hanya di Manila ada pusat jantung)namun disebabkan pelbagai kesulitan maka saranan doktor tersebut tidak dapat ditunaikan.

Beliau juga sejak akhir-akhir ini sangat uzur dan tidak boleh bekerja lagi.Hari-hari yang dilaluinya banyak rehat di rumah sahaja.Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki.

From My Family Album(2009)


Alhamdulillah..saya sempat membantu memandikan,mengkafankan dan memasukkannya ke liang lahad.Doa kami semoga Allah mencurahkan kasih sayangNya dengan mengampuni segala kesalahan dan dosanya serta menempatkan jenazah adik zain ini bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.


Baca Selanjutnya »»

3/01/2009

Anugerah Kecermerlangan 2008

Tahniah buat angah.

Mendapat tempat ketiga bagi tahun 2008 di sekolah agama Taman Pasir Putih.
Anugerah tersebut diadakan serentak dengan majlis mesyuarat agung tahunan Badan Kebajikan.

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

...maaf,gambar kurang memuaskan.



Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox