Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

5/22/2009

Salam Perpisahan Buat Sharah

Dalam meniti suatu perjalanan kita sering mengharapkan "panas dan cerah" hingga ke petang dan senjanya berlabuh dalam suasana damai dan indah.Namun begitu kadang-kadang hajat dan harapan itu "dihalang Allah" dengan didatangkan hujan,petir,ribut dan seumpamanya.Kita tidak boleh marah dan merunggut.Itu kehendak Allah dan IA lebih mengetahui.

From My Family Album(2009)


SHARAH...merupakan section Head.Hampir dua tahun bekerja dengannya.Hari ini(21/05/2009) adalah hari terakhirnya bertugas di SNC."Maaf terhadap apa jua kesilapan dan arahan-arahan yang kami tak terikut".

Pada mulanya amat susah kami ingin sesuaikan diri untuk bekerja dengannya.Maklumlah ini kali pertama mendapat section head "wanita".Tambahan pula beliau baru "gread" tak ada pengalaman kerja.Memang banyaklah suasana "kurang manis" berlaku.Namun selepas setahun banyak perubahan sikap dan kerja darinya dan kami semua mula dapat menerimanya.Banyak jugalah perubahan-perubahan yang dilakukannya dan suasana kerja dan tempat kerja nampak lebih kemas dan terurus (sikap wanita memang begitu..suka kemas-kemas..hee..hee).

Mendengar hasratnya untuk berhenti "terkezut" jugak..maklumlah suasana "manpower" amat kurang dan kerja-kerjanya terpaksa di support oleh "supervisor dan technician"....letihhhhh laaa...tapi apa nak buat.Allah datangkan "perpisahan" disini...

Apapun..maafkanlah jika terdapat pelbagai kesilapan dan moga berjaya dengan kerjaya baru sebagi "guru".......Cikgu Sharah!!! Kenangkan kami semua melalui "karenah" kami...dan jika terserempak kami di mana-mana..sapalah kami.....

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)



From My Family Album(2009)



Baca Selanjutnya »»

5/21/2009

Ziarah oleh sahabat lama - Johari

Johari Abdul Wahid adalah rakan lama sewaktu belajar di Institut Berakan,K.Trg di awal tahun 90-an dulu.Beliau merupakan salah seorang kawan yang amat rapat dan senang untuk didampingi dalam semua keadaan.Antara kami sering ziarah menziarahi.

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)

Terima kasih buat Joe sekeluarga kerana masih sudi ziarah saya walaupun Joe di Kuantan dan saya di Pasir Gudang.Moga hubungan dan ziarah menziarahi ini kita teruskan sehingga akhir hayat.



From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


Baca Selanjutnya »»

5/09/2009

Ziarah oleh Abang Leh

From My Family Album(2009)



Emm...selamat datang dan terima kasih kepada abang Leh(Mohd bin Kadir - abang sepupu sebelah ayah
) kerana sudi singgah di rumah.Antara kami memang amat jarang bertemu kerana saya tinggal di Pasir Gudang dan abang Leh di Sungai Buluh.jika bertemu pun di musim perayaan..itupun jika saya balik kampung.

Singgahnya sekejap sahaja kerana kesuntukan masa untuk mengikuti majlis di sekolah anaknya(Politeknik JB - Cahaya Masai).

Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox