Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

8/31/2008

SNC-Family Day

30 August 2008.

SNC Industrial Laminates Sdn.Bhd...syarikat tempat saya bekerja telah menukar program dari "Dinner" kepada "Family Day".Ianya telah diadakan di Wet Wold,Batu pahat,Johor.
Pada awalnya ingat tak tak ikut serta tapi memikirkan anak-anak yang dah lama tidak dibawa keluar untuk program camtu....ahh..jalan jerlah...Bertolak dari Snc pukul 07:00 pagi dengan menaiki bas persiaran.Swebanyak lapan buah bas telah disediakan.













Haziqah & Aqilah





Dah penat camtu pun masih tak mahu naik lagi.


















































































































































































Baca Selanjutnya »»

8/23/2008

Dah 15 tahun khidmat aku di SNC?

Salam dan salam sejahtera.

Emm..diam tak diam....dah 15 tahun aku berkhidmat di snc.Petang tadi(23/08/2008)satu anugerah kepada pekerja yang telah mencapai lima tahun,sepuluh tahun dan 15 tahun telah berlangsung di Tanjung Puteri Golf Resort,Pasir Gudang,Johor.


(Penerima Anugerah dari 2nd Production)

(Saya,Shahrul dan Samad)
Baca Selanjutnya »»

8/16/2008

اي-جاوي

سلام.

سلامت داتڠ دان جوم كيت برسام جاو

كليك د سيني Baca Selanjutnya »»

Anwar gadai maruah bangsa – Ibrahim Ali

Kekadang tingkah-laku dan pandangan Dato Paduka Ibrahim Ali ni semacam tidak seiring dengan kehendak dan perubahan rakyat terbanyak.
Mengulas berita Utusan Online yang menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggadai maruah bangsa sendiri apabila menyokong cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan itu hanya kenyataan popular Anwar untuk meraih sokongan pengundi bukan bumiputera menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.
Pada pandangan saya..kenyataan tersebut bukanlah untuk meraih sokongan pengundi bukan melayu tetapi satu anjakan untuk memajukan bangsa dan melahirkan daya saing yang sihat serta memberikan pelbagai pendedahan positif kepada para siswa dan siswi melayu.Itu sahaja.

Katanya lagi,beliau sanggup menggadaikan nyawanya jika benar Anwar mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu sedikit demi sedikit dan "UiTM adalah darah daging saya, darah bangsa saya dan saya rela bergadai nyawa untuk mempertahankannya. Jangan sesiapa cuba mengganggu-gugat keistimewaan ini.Kata-kata beliau itu tidak mencerminkan kematangannya berhujjah dan melahirkan pandangan.Kata-katanya lebih menjuruskan untuk "menebalkan" lagi rasa perkauman.

Kepada dato Paduka Ibrahim Ali,analisislah keputusan pilihanraya yang baru lalu.Rakyat Malaysia dah terang-terang menolak isu perkauman dan kerjasama dan persepakatan mereka melepasi sifat-sifat hodoh itu.Hak-hak orang melayu tidak akan terhapus sekiranya diolah dengan baik dan bijak.Dan pandangan serta cadangan ini bukanlah kali pertama.Sebelum ini"orang dari Kerajaan Pusat" pernah meluahkan dan merialisasikan kes sebegini...tetapi anda diwaktu itu..diam membisu sahaja! Kenapa?


Sudahlah...jomm Dato'..kita perkuatkan kerjasama dan persefahaman dalam Pakatan Rakyat.Kita hancurkan Umno dan barisan Nasional. Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox