Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

12/15/2008

Rombongan Majlis Pertunangan Adik Zulkifli

Selepas solat magrib 12hb December 2008 kami bertolak ke Baling,Kedah bagi menyempurnakan majlis pertunangan adik Zulkifli.

Al-maklumlah saya tak pernah sampai ke Kedah...jadi tak hairanlah jika "terpaksa makan buah langsat sikit"...haaa..haaa</span>

From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)



Akibat kesilapan ambil jalan...saya terlajak sampai susur untuk ke Selayang,Selangor.Alhamdulillah saya masih simpan phone number Md.Saufi(sepupu) yang tinggal di Gombak,Selangor.

Rombongan ini menggunakan dua kereta sahaja..satu kereta ayah(Perdana V6) dan satu lagi kereta saya(Nazaria).Kami sampai di Baling,kedah tepat dengan solat subuh.
Selepas solat subuh..kami sarapan di salah satu warung tepi bukit di Bandar Baling...
Paling tidak boleh lupa ialah makan roti canai(ala Baling) dan nasi lemak(ala Baling).Memang berlainan sangat rasa dan warna nasi lemaknya.

Kami disediakan satu rumah untuk berehat.Majlis dimulakan jam 11:30 pagi.Alhamdulillah..ayah ada bawa kawannya untuk jadi jurucakap....emm..kalau tidak..pastinya sayalah yang "kena"...haa..haa..

From My Family Album(2008)


Suasana kelam kabut sikit..pasal Haziqah tiba-tiba jer demam...dan badannya amat panas.Apa lagi...dengan saya ajelah yang dia mahu...

From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)



Selepas maslis kami dibawa ke sebuah "homestay" untuk berehat dan menginap.
Badan memang penat betul...apa tidaknya..drive sorang-sorang dari Pasir Gudang hingga ke Baling....lepak habis...solat subuh pagi tuu..macam nak tombangg jer.


Malam tu sempatlah jugak main-main air panas di kolam air panas Baling.Memang best jugaklah tempatnya.Lagi tengah malam lagi ramai orang.Emm..jam dah pukul 12:10 malam..ayah dah ajak balik....

From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


Okeylah..setelah siap semua...kami menuju ke kereta...ahh..Zul dah balik???Habis..kunci kereta Nazaria saya dengan dia. Alamak camner nak buat...no phone dia yang baru...kami semua tak ada...Dalam suasana kelam kabut tuu..tiba-tiba Bujang muncul bawa kunci....rupanya dia tengah "dating" kat depan tuu lah...
Haruu...dibuatnya....tak apa..orang baru...bagi chance skit laa..haaa..haaa...

Malam tuu...sebelum ke kolam air panas saya sempat maklumkan kepada ayah(mertua)bahawa saya tak dapat balik terus ke Jay Bee.Saya ingin pulang ke kampung di Besut..memandangkan keadaan kesihatan ayah begitu teruk.Ayah benarkan.

Pagi esoknya sebelum subuh kami dah bangun.Kesemuanya beratur untuk ke bilik air.Sementara tuu..saya dan isteri sempatlah kemas-kemas.Planning nak solat subuh kat "homestay" jer...tapi arah kiblatnya saya ragu...so, ke masjid ajerlah.

Perjalanan kami dari Baling melalui Pengkalan Hulu - Grik - Jeli - Pasir putih - Jertih.Tepat empat jam memandu kami sampai di kampung.Alhamdulillah selamat.

Pertama kali memandu suasana berbukit di Gerik..cukup takut dan amat berhati-hati.Apa tidaknya..jalan rayanya cukup curam dan kiri kanan cerung-cerung yang sangat dalam.kebetulan jalan yang dilalui pada waktu itu amat basah.

Ayah...berita yang saya dapat...keadaan ayah memang tenat...tapi itulah ayah...setiap kali anak-anak pulang,ayah tidak akan tunjukan sakitnya..kecuali dah tak tahan sangat....saya fahami hal ini.

Malam tuu...saya imamkan solat magrib berjamaah.Selepas solat...saya bersembang dengan adik Sue...saya pandang ayah dan nampak sangat kesakitan yang ayah lalui...
dan kata hati saya...."BUTAKAH HATI DAN PERASAAN MANUSIA YANG MENGKHIANATI ITU???GEMBIRA DAN PUAS MELIHAT DERITA SERTA SENGSARA YANG DITANGGUNG OLEH ORANG LAIN!!!..kepada Allah saya berserah dan pasrah.


Hanya sempat semalaman sahaja kami bermalam.Kami bertolak ke P.Gudang pukul empat petang.Sempat singgah solat asar di masjid Hadhari,Jertih.

From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


Kami berehat dan solat jamak di rumah kak yah di Sri bandi,Kemaman.

Perjalanan kami malam itu amat berbahaya.Thanks to Allah kerana masih menyelamatkan kami dari perkara-perkara yang tidak diingini dijalan raya.Kesemuanya mat mengantuk...besoknya pula dah mula kerja....

-----posting via handset...edit by pc...


No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox