Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)
Showing posts with label Keluarga saya. Show all posts
Showing posts with label Keluarga saya. Show all posts

1/02/2011

Syukur - Insan Baru di Tahun 2011

..lama gak aku tak menulis di blog ini.Kesempatan masa yang ada semacam tak memberi ruang untuk aku menulis..entahlah...

Apa pun hari ini 1st January 2011..aku amat-amat bersyukur padaMu Ya Rabbi..Engkaulah Tuhanku walau di mana aku berada.Engkaulah Tuhan tempat aku meminta,memohon,bermunajat,menggadu dan tempat aku berharap atas apa jua keperluanku sebagai hambaMu.

Hari ini tepat jam 355 petang Kau anugerahkan lagi zuriat untukku bagi kali ke-5.
From Keluarga Hazimi (Ayah Mien)


From Keluarga Hazimi (Ayah Mien)


Alhamdulillah syukur padaMu Ya Rabbi....


...kekadang terlintas difikiran...betapa mudah dan murahnya rezki zuriat oleh Mu kepadaku..sedangkan beberapa rakanku puas berusaha berbelas tahun untuk dapatkan zuriat namun belum berhasil...namun jika direnung-renungkan..itulah rezki dan rezki antara hambaNya tidak akan sama...dan diriMu Ya Rabbi....tahu akan segala keperluan hamba-hambaMU.

p/s .1 - Untuk ayah Jusoh Muhammad-ini adalah cucu ayah yang ke-50(cucu jubli emas...ha2). Baca Selanjutnya »»

7/09/2010

Dinner kat My friend

Emmm..heemmm.Lama betul aku tak bawa family dinner or makan-makan kat luar.Hampir setahun rasanya.Rasa????? yer ker?.....rasa mesti dgn lidahhhh kan!!! Ting..ting...ting...kekadang terbawa2 dgn gelagat cakap Razhan..dulu2...

Emm...kebetulan malam ini aku ader job skit kat bandar jaybee....kebetulan jugaa "wife aku pening2 lalat"....so aku inform mereka...kita dinner kat luar jer...pilih mane tempat u orang mau!!!!!(apa gaya bahasa aku tulis laaa....matee ngantukk bangat nie..macam ade gammm gituh)....riuh dibuatnya...nak dinner situlah..sinilah....

So...last2..aku ckap...emmm..camner klu kite dinner kat my friend???GELAS2nya besor-besor..masakannya pun sedap....

Okeyyy...jommmm!!!!

From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


Baca Selanjutnya »»

5/24/2010

Sepetang melayan anak-anak

Emm..lama sungguh aku tak update blog family ni.Sebenarnya banyak issue serta kenangan family sepatutnya diupload ke sini tapi...entahlah banyak mood yang ada telah menghalang untuk aku catatkan di sini.Tak apalah...itu hanya kenangan aku..... untuk aku dan aku untuk keluarga ku...haaa..haaa.

Kehidupan ini...seringkali ramai bersangkakan panas sampai ke petang dan senjanya dihiburi dengan ketenangan dan kedamaian....serta kepuasan siang....tapi....tanpa diduga-duga..tiba-tiba datang hujan,ribut dan petir di tengah hari....so..kepada siapa harus disalahkan???? Diri??? Keluarga??? Pihak sana??? Pihak pengampu??? Pihak bertalam dua muka???..Astagfirullah......Astagfirullah.......Astagfirullah....berat sungguh ujianMU ini...ya Allah ampunilah aku sekeluarga dan jauhkanlah keluarga dan zuriatku bersikap seperti "mereka" itu!!!! ..Astagfirullah......Astagfirullah.......Astagfirullah...ku yakin ini semua cubaan dan dugaan dariMU....

Okey..petang nie aku berkesempatan bawa anak-anak ke taman permainan di Tasek,Pasir Gudang(sebenarnya sudah lama benar juga aku tak bawa anak-anak sebegini..ini disebabkan cuaca yang tak menentu....dan juga.... setelah along ke asrama serta yang lain-lain pindah sekolah di SRAB Kota Tinggi).

..cukup happy mereka..dan aku pandang mereka pun sangat happy...Ummi dia tak ikut sama..."membungkam jer sehari suntuk".....emmm...aku rasa mungkin ada "orang baru" kot - kalau lepas-lepas gitulah... apa pun...terserahlah kepada Yang Maha Berkuasa.DIA yang menentukan segalanya.
From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)


From My Family Album(2010)

Baca Selanjutnya »»

3/26/2010

Happy Birthday Untuk Naim

Soal tarikh lahir dan hari jadi ni..memang tak masuk kepala.Dari dulu hingga ke looni...serupa jer.

Petang..hampir jam 610 baru aku teringat yang hari ini(26 March 2010) hari lahir angah(Naim).
From My Family Album(2009)


Maafkan abah kerana terlupa.Tuan punya badan pun tak ingatkan.Apabila ditanya..katanya "kan abah nak sambut ikut tarikh hijrah!!!"Ahaaa...baru aku teringat...aku dah convert kesemua ahli keluarga dari Masehi ke Hijrah....aku senyummm mengenangkan "keterlupaanku".Okey...kalau camtu...kita sambut pada tarikh hijrah(20 Zulhijjah nanti)

Apapun..doa abah dan ummi...moga Naim berjaya di dunia dan akhirat serta dirahmati Allah walau di mana berada.



Baca Selanjutnya »»

2/21/2010

Cuti Tahun Baru Cina - Satu Catatan

Abah jomm balik kampung di Besut..kita jumpa nenek..jumpa atuk!! Boleh abah?Boleh la..boleh la...Abah ambil cutilah!!!kata anak-anak.Sebenarnya sedari awal lagi tak ader planning besar apatah lagi cuti sebegini.Lagipun cuti aku hanya dua hari jer.

Tapi...rupanya sekolah cuti seminggu...apa lagi akupun mengiakan ajelah ajakan anak-anak tadi.Mereka laju jer siapkan untuk pulang kampung.Bertolak jam 8:00mlm(12/02/10) dan sampai di Jertih 8:00 pagi.(Kepulangan aku kali ini bukanlah semata-mata bercuti dan melayan permintaan anak2 ...tapi nun jauh disudut kalbu...."rindu teramat bangat" pada emak dan ayah yang sangat uzur....dan jauh dimata)
From My Family Album(2010)

(Jumpa ayah kat kebun getah-sampai umah..umah berkunci)

From My Family Album(2010)

(Kesempatan - kenangan 1)
From My Family Album(2010)

(Kesempatan-Kenangan 2)

Petang - ikut emak dan ayah ke kenduri kesyukuran di rumah Mak Cik Hasanah(Mak sepupu) dan singgah jap umah Pak Cik Md Noor(sepupu emak) di kampung Kerandang.


Pagi esoknya sibuk nak main pantai pulak...emm..penat drive belum hilang so..aku ajak anak2 ke Pantai Bukit Keluang aje.Itu pun jejak sampai jam satu tengahari.
From My Family Album(2010)

(Kenangan 3)
From My Family Album(2010)

(Kenangan 4 - daki bukit keluang)

Esoknya pulak-minta gi kolam sejuk(layan ajelah tapi mana nak pergi?Bincang2..kita gi ke Jeram Linang ajelah.)
From My Family Album(2010)

(kenangan 5 - Kolam Jeram Linang) - Haziqah menggigil kesejukan.
From My Family Album(2010)

(kenangan 6 - Kolam Jeram Linang)
From My Family Album(2010)

(kenangan 7 - Kolam Jeram Linang(Emm..dah kesejukan!!!)
Esoknya pula..ekpedisi mendaki bukit puteri(melalui jalan lori angkut pasir sungai).Teruk naza aku dibuatnya.Lori angkut pasir pun"mengaum semacam" apatah lagi naza...heee..heee
From My Family Album(2010)

(Kenangan 8)
From My Family Album(2010)

(Kenangan 9 - Kukus nasi dagang)
From My Family Album(2010)

(Kenangan 10- Buat bubur as-syuraa) Ahaaa...seronok tuu kacau,buat dan makan bubur as-syuraa.Maklumlah dah lama tak memasak dan memakannya.Sebenarnya..target utama masak bubur as-syuraa ialah untuk mengumpulkan sedara-mara terdekat dan menikmati kemeriahannya - Moga ukhwah lebih bertambah.
From My Family Album(2010)

(Kenangan 11-sebelum bertolak balik ke JB)-Setelah seminggu dikampung(melayan kerenah dan kehendak anak2,melepas rindu dendam pada emak dan ayah) kami sekeluarga kembali ke Jay Bee semula.Maafkan emak dan ayah....kerana kami "gagal untuk sentiasa berada disisimu ".Apa tah lagi ditika usia lanjutmu ini.Apa pun..kami doakan moga emak dan ayah sentiasa dirahmati Allah dan dihindarkan dari musibah yang berat-berat. Amin......




Baca Selanjutnya »»

11/14/2009

Majlis Anugerah Dan Kecermelangan Pelajar Pasti Tebrau 2009

13/11/2009 jam 7:30 malam..bertempat di Hotel Selesa,Pasir Gudang.

Pasti Tebrau telah menganjurkan majlis Anugerah dan kecermelangan Pelajar Pasti(Tebrau) 2009.Anakku yang ketiga-Nurhusna Haziqah adalah pelajar pasti dari Tmn Pasir Putih.

Aku memang sibuk sebagai urusetia..dan ini sempat dirakamkan sebagai kenangan.

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)





Baca Selanjutnya »»

Minta Petai Abah!!!

Emm..dah lama gak tak menulis dan update kat blog nie.Nak kata bussy..rasenya x gak.Entahlah..mungkin akhir-akhir nie badan "kurang enak" skit tambahan tangan kanan kerap kebas2..tu yang maybe malas nak update.

Apa pun malam nie aku teringat "gelagat anak bungsu - Aqilah".Katanya..abah aqilah nak petai!boleh? boleh? boleh?..sedap!!!" tanyanya girang.

Kataku..mana ada petai..apa sedapnya petai? Katanya lagi tuu ada kat dalam aisboc...
Ohhh! Teringatlah aku...."hai aqilah sayang,itu bukan "petai"..tapi "TAPAI PULUT".

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)

Kami semua ketawa...Katanya"ohh..aqilah ingat petai...manalah aqilah tahu".
Emmm..anak-anak sekarang..petai dan tapai pun sukar dan lambat untuk mengenalinya.

Tapai pulut memang banyak.Adik Azah yang buat.Dia kirimkan melalui adik Deen yang berkunjung ke PD.


Baca Selanjutnya »»

10/25/2009

Bisa betul badan ini

Emm..bengkel landskap berakhir hari ini.Penat dan bisa betul badan ini.

Penanaman hampir 100 pokok dengan cuaca yang agak panas.Kerja seperti itu suatu waktu dulu perkara biasa sahaja bagi saya namun "sejak dua menjak" nie rasa kurang selesa dan menggah sikit.Mungkin,sudah lama tak lakukan kerja-kerja sebegitu.

Haa..biasanya jika badan rasa "bisa-bisa" saya makan tomyam.Selepas makan tomyam panas..rasa bisa badan akan berkurangan.So,apa lagi...saya kerahkan anak-anak siapkan cepat...kami ke Sri Pantai Seafood,Kampung Pasir Putih.
From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)
Baca Selanjutnya »»

10/11/2009

Kesempatan Cuti - Kami Melancong Ke Kuala Terengganu.

Memang..sejak aku bermastautin di JB..aku jarang sangat balik ke terengganu.Biasanya sekali atau dua kali aje dalam setahun.

Memandangkan cuti aidil-fitri ni panjang sikit..aku ambil kesempatan meronda-ronda keseluruhan daerah besut.Banyaklah juga perubahan dan pembangunannya.Jika sebelum ini,pembangunannya amat lemah.Entah apa silapnya-kata Trg negeri yang kedua terkaya di semenanjung Malaysia selepas selangor?

On the way ke JB..sempat jugalah aku lalu dan melancong ke KT jap.Sempat melancong suasana diPulau Duyung.Last aku ke Duyung 1992.Landscapnya dah berubah.Ingat nak singgah kat umah beberapa kawan lama...tak kesampaian.Cari umah mereka pun dah tak jumpa dan call salah seorang dari mereka...beliau dah on the way ke JB.
From My Family Album(2009)


Dari Pulau Duyung aku ke Pulau Wan Man untuk melihat dari dekat suasana "perkampungan islam Hadhari" yang dibanggakan oleh pihak-pihak tertentu tu.Wahduh..pilih jalan pun salah(maklumlah dah lama tak ke KT-teringat sepatah kata kawan lama(wartawan harakah trg sewaktu hubungi aku pada ramadhan yang lalu-khairul azlam."ehh..mung kenal lagi ker ganu...aku dengar mung dah murtad ganu..segoti ko?" bukan..bukan..aku masih anak ganu...

Jalan raya memang jam teruk...dari duyung ke perkampungan hadhari satu jam lebih skit.Ikutkan hati memang malas nak ke sana tapi memandangkan kalau aku tak singgah..entah bila pulak aku akan singgah.Sebabnya..aku selalunya balik waktu malam dari JB.Laluan aku adalah melalui Jerangau Jabur.

Wah..indah juga pembangunan yang dibuat.Wahduh,berapa banyak duit rakyat dihabiskannya ya?
From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)


Memandangkan masa dah petang sangat,kami terus ke Pasar Kedai Payang...isteri aku..kalau ke KT..tak sah kalu tak singgah di sini.Yang pertama dicari adalah "Jeruk Kateh".
From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)


Sibuk meronda dan berbelanja terlupa dengan "bekal" dari kampung...kami ke Pantai Batu Buruk untuk makan.Orang terlalu ramai...ahh tak kisahlah..bentang surat khabar atas pasir...kami makan.Siap makan dah pukul 645 petang.Kami terus bertolak ke Jay Bee..singgah umah kak yah di Sri bandi...mandi dan makan malam.

Alhamdulillah..perjalanan kami selamat dan kami tiba diumah(P.Gudang) pukul 615 pagi.


Baca Selanjutnya »»

Aidil-Fitri 1430H

Aidilfitri tahun ini(1430H) tidak begitu meriah sangat buatku.Memang cutiku agak panjang(seminggu genap) namun dengan ketiadaan arwah zain,udin dan sue balik raya pada raya keempat membuatkan aku beraya kat umah tertentu sahaja dan selebihnya memerap dan tidur kat umah aje.

Bosan kat umah aku melayan anak-anak kat Pantai Bukit Keluang dua hari berturut-turut.
From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

Kesempatan cuti ini juga..ku bawa keluarga ke kolam air panas di ULU LA,Besut.Ikut sama ayah dan isteri dan anak-anak arwah zain.Kebetulan juga salah satu cara "terapi untuk sakit ayah".

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

Dan petang 24hb.Sept. sempat aku bawa anak-anak sekeluarga masuk kampung lama(Kg Bukit Puteri Dalam sehingga ke Kg Atas Pulau hingga ke wakaf berhampiran kubur lama).Suasana kampung dah berubah sangat,semak samun makin menebal.Kebetulan waktu pun dah senja sangat membuatkan anak-anakku minta keluar cepat - mereka takut.
From My Family Album(2009)

Umah arwah ayah Wa - terbiar dan semak mula naik.DULU...nilah salah satu tempat aku habiskan masaku dan setelah aku bermastautin di JB...sekembali ke kampung aku tetap ke sini..makan durian serta sembang-sembang dengan arwah...SEKALONG AL-FATIHAH UNTUK ARWAH..

Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox