Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

4/05/2009

Selamat Harijadi Buat Adik Huda

Selamat harijadi buat "adik Norhuda"yang berada di Taman Mesra Raia,Kampung kepayang,Ipoh Perak.


(Kenangan - Di hari kematian adik Zain di Gombak)
From My Family Album(2009)

Doa dan harapan dari abang Mien sekeluarga moga adik Huda sekeluarga sentiasa dalam kerahmatan Allah dan dikurniakan kesejahteraan setiap masa oleh Allah s.w.t.

Kini kita semua sudah berkeluarga dan tinggal berjauhan.namun itu bukanlah satu alasan untuk kita "berjauhan perhubungan".Walaupun berjauhan macamana sekalipun kita...perasaan kekeluargaan umpama berada di sisi.Itulah..suasana adik beradik kita.

Emm..ruang blog ini...selain call dan sms,a.mien sekali lagi merakamkan ucapan "selamat harijadi untuk adik Huda"- moga-moga segala hajat-hajat baik adik Huda diperkenankan oleh Allah...Aminnn.


Baca Selanjutnya »»

4/04/2009

Emm..terkeZut aku tengok along

Emm..ari nie..cam hari-hari lepas.Semenjak December itu hari aku balik awal aje.Al-maklumlah kata orang"menyahut gelombang krisis ekonomi global!!!"

Jam 6 petang aku sampai umah.Time tengah tutup gate..tiba-tiba ada call.Mulanya malas gak nak receive tapi kata hati...kalau ada call penting camner?

Kedengaran "Ini en.Hazimi ke?Ya..jawabku.Emm..ini guru kelas Imamuddin.Saya bawa dia ke klinik.Kata hati,kenapa pulak along ini.Sakit apa ya?

Kataku..tak apalah cikgu..setelah siap dapat rawatan nanti cikgu hantarkan dia ke rumah saya.

Kira-kira 20 minit kemudian along sampai.Terkezut aku lihat wajahnya.Amat bengkak dan seluruh badannya pun begitu.

Emm..kata guru kelas along...dia kena sengat tebuan di dalam kelas.hanya satu sengat sahaja pada tangan tapi tiba-tiba seluruh badannya berubah..membengkak.

Suasana kelam kabut tu..guru tersebut terus bawa along ke klinik.Doktor terus bagi injection.Selain bengkak seluruh badannya kemerahan dan dihujung jari kaki dan tangannya nampak kebiru-biruan.

Dan alhamdulillah,empat jam selepas itu badannya beransur baik setelah muntah beberapa kali.

Moga along cepat sembuh.

Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox