Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

11/28/2008

Maafkan anakmu ini ayah

Ayah...maafkanlah anakmu ini...kerana tidak bisa sentiasa disisimu...
Entahlah ..sejak balik hari raya puasa hari itu hingga kini..pelbagai rasa timbul dihatiku.

Sedih,simpati,kasihan dan seumpamanya berkecamuk dihati serta fikiranku.Entahlah...

Kesihatan ayah makin teruk.Kini, ayah dah lama tak ke masjid untuk berjamaah dan solat Jumaat.Solat di rumah pun dalam keadaan duduk.Untuk duduk solat pun terpaksa disendal dengan bantal.Kadang-kadang nak betulkan kedudukan untuk solat(solat sambil duduk)pun..menangis menahan sakit...Itulah antara gambaran yang saya dapat dari adik mah di kampung.

Sakit yang dialami ayah terlalu lama.Hampir lima puluh tahun..seusia dengan umur abang Mid.Telah terlalu banyak masa dan wang ringgit telah dikeluarkan untuk ubatkan ayah(secara moden dan tradisional)namun kesihatan ayah tidak berubah bahkan makin teruk.Jika berubat secara "moden"..kata doktor "ayah tidak sakit apa-apa" dan jika berubat dengan cara tradisional..dukun itu pula yang minta maaf.."pak cik...saya minta maaf banyak2...sakit pak cik ini bukan sebarang sakit...dan kuat sangat..saya tak sanggup ubatkan.." dan ada pula sesetengah dukun apabila datang kali kedua untuk berubat...dia minta maaf.Katanya..."maaf pak cik...saya takleh teruskan.Jika saya teruskan..mati saya..."

Jika begini macamana nak dibuat?Bukan ingin percayakan dukun dan menolak pandangan doktor.Tapi itulah hakikat yang dihadapi oleh ayah khususnya.Kesemua dukun yang dijumpai menyatakan"jawapan sama".Bahkan dengan pakar perubatan islam pun kata begitu"jawapan sama".Bezanya...pakar perubatan islam itu menasihatkan ayah bersabar dalam menghadapinya dengan banyak membaca ayat-ayat suci dalam semua keadaan.

Bagi saya... saya yakin dengan kata-kata dukun dan pakar perubatan islam tersebut.Terlalu banyak bukti dan peristiwa yang menyokong hujjah dan pandangan saya.Untuk itu...saya ingin menyeru kepada "individu tersebut"..sudah...sudahlah...perkara itu dah hampir lima puluh tahun berlalu.Kesalahan dan kesilapan sebenarnya dari awak...yang awak nak dengki dan khianat tuuu kenapa?Cuba awak bayangkan kes ini terkena kepada awak?Awak sanggup tanggung? Awak sanggup bersabar macam ayah saya?

Kepada abang R....usahlah bermain kata dan bersandiwara dengan ayah.Tak usahlah bertegang leher dengan ayah.Faham,hayati dan kasihanilah ayah.Usia ayah tidak lama lagi.Umur ayah kini sudah melebihi 70 tahun.
Sementara abang R.... ada ayah dihadapan mata dan masih bernyawa...hargailah ia.Bukan wang ringgit dan harta bertimbun yang ayah mahukan.Bukan...bukan itu semua.Yang ayah mahukan ialah kasih sayang dan memahami sakit derita yang ayah sedang alami...itu sahaja.

Kepada abang R....saya cadangkan...abang datanglah ke rumah ayah.. tidur dan bermalam sehari dua...lihatlah..saksikanlah keadaan ayah..pagi,tengahari,petang,sore.malam,tengah malam dan awal pagi..saya yakin,jika itu yang abang R....lakukan..pasti abang R.... akan menangis dan menyesal.

Okeylah..untuk abang R....say doakan abang terus dirahmati oleh Allah dan mengharapkan abang berubah dan kepada ayah..saya memohon maaf dan ampun kerana tidak mampu berada disisi ayah diwaktu-waktu begini.Saya tetap dan terus berdoa kehadrat Illahi...agar Allah terus berikan kekuatan buat ayah.

Akhir bicara...salam penuh ingatan dan kasih sayang buat ayah dan emak dari anakmu ini..hazimi


Baca Selanjutnya »»

Masalah Ekonomi Dan Dilema Tawaran Baru

Masalah ekonomi telahpun kurasai bermula hari ini..dan tak semena-mena telah mengundang satu dilema kepadaku mengenai tawaran kerja baru kepada isteriku....

Juga hari ini(28hb.Nov 2008).Setelah dua tahun lebih isteriku "VSS dari RHB Pasir Gudang" beliau sekali lagi menerima tawaran bekerja dibank.Kali ini datangnya dari Bank Islam.Bagi saya..saya tidak kisah isteri bekerja tetapi kali ini "sangat rumit" untuk saya buat keputusan.Apatah lagi peluang tawaran ini diberikan hanya "dua jam sahaja" dan dikehendaki memberi keputusan secepat mungkin.Manakala lokasi yang ditawarkan pula sangat jauh iaitu di Segamat dan Mersing.

Setelah berbincang dan menganalisis baik dan buruk tawaran tersebut maka saya putuskan dengan "membenarkan isteri" menerima tawaran tersebut.Cawangan yang dipilih adalah Mersing.Jarak perjalanan dari Pasir Gudang ke Mersing lebih kurang dua jam.Inilah antara beberapa masalah yang perlu ditangani.

Untuk itu..saya akan cuba mencari beberapa kaedah yang sesuai mengenai tempat tinggal,anak sekolah dan seumpamanya dalam masa terdekat ini.Memandangkan tarikh mula bekerja adalah minggu depan dan tidak berapa lama lagi sesi persekolahan akan bermula. MOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DAN DILEMA INI.



Baca Selanjutnya »»

Bahana Krisis Ekonomi 2008-tempiasnya telah mula kurasai

Tempias krisis dan bahana ekonomi 2008 akhirnya dirasai dan menimpa kepada SNC Industrial Laminates Sdn Bhd(tempat aku bekerja).Lantas diriku dan keseluruhan pekerjanya tak terlepas menerima tempias serta kesannya....

Hari ini(28hb.November 2008)...27 orang dari 31 orang pekerja Indonesia di SNC ditamatkan kontraknya.Pertengahan December ini akan dihantar pulang...

Mesyuarat hari ini dimaklumkan oleh pihak Admin,selain dari tindakan menghantar pulang pekerja(warga Indonesia) beberapa tindakan drastik telah dan akan diambil bagi meneruskan "usia operasi syarikat".

Antara tindakan yang diambil bermula isnin ini(01 December 2008) ialah..mewujudkan kerja 3 shift dan shift normal "tanpa overtime".
Shift 1 - 08:00 ~ 17:30
Shift 2 - 15:00 ~ 12:30
Shift 3 ~ 23:00 ~ 08:30
Normal ~ 08:00 ~ 17:30

Kesemua pekerja dimestikan mengikut waktu yang telah ditetapkan.Sebarang overtime mesti diluluskan oleh manager department.

Dimaklumkan juga untuk tahun 2009,kesemua operasi akan dihentikan pada hari sabtu dan ahad.Sebagai ganti hari sabtu tidak bekerja...waktu bekerja akan ditambah lima belas minit dan dikurangkan waktu rehat tengahari.



Baca Selanjutnya »»

11/25/2008

Welcome and come back to Pasir Gudang

Welcome and come back to Pasir Gudang buat adik Norhuda dari Ipoh,Perak.

Setelah enam tahun meninggalkan Pasir Gudang(2 tahun di KL dan empat tahun di Perak)..akhirnya beliau kembali semula untuk bekerja di sini.Selamat datang abang Mien sekeluarga ucapkan.

Dengan kembalinya adik Huda ke sini ianya amat bermakna bagi abang Mien kerana ia menambahkan bilangan keluarga kita di sini.Sebelum ini..di "Pasir gudang hanya abang Mien tanpa saudara mara"...tapi kini dah ada adik Deen,adik Huda..Salma dan lain-lain....

Walau apa keadaan sekali pun...moga adik Huda sekeluarga dapat menyesuaikan diri di sini walaupun enam tahun telah meninggalkan Pasir Gudang.







Baca Selanjutnya »»

11/22/2008

Ketenangan selepas geram dengan NGV Centre

Emm...geram dan marah sangat.Rasa geram dan marah kepada NGV centre tuu..saya kendurkan dengan solat Asar di Masjid Larkin kemudian melayan kerenah anak-anak di Taman Tasek,Pasir Gudang. Dan ini sebahagian gambar-gambarnya yang sempat saya shot...dan selepas itu terus ke masjid Jamik Pasir Gudang untuk solat Magrib dan seterusnya ke pasar Kippmart,Masai.

From My Family Album(2008)

From My Family Album(2008)

-Nur Aqilah Syahmi
From My Family Album(2008)

Nur Aqilah Syahmi
From My Family Album(2008)



From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


From My Family Album - 2007"

Santai Di pantai Baserah






Baca Selanjutnya »»

Service NGV For My Nazaria

Emm..setelah dua bulan memandu dalam keadaan kurang selesa(tersangkut-sangkut gituh)..hari ini saya ke NGV Centre di Larkin(Smart Auto)....
From My Family Album(2008)


namun masih belum okey lagi...pelbagai alasan diberikan.
Saya memang benggang dan tak puashati dengan penerangan dan penjelasan yang diberikan.
Rasanya tak usah saya catatkan di sini apa yang berlaku..cuma ingin saya ingatkan kepada "pengusaha-pengusaha bumiputera"
...jika anda memasang,menjual sesuatu itu dan ada pakej service...tolong "QUALITYKAN"
service anda.


Baca Selanjutnya »»

11/08/2008

Selamat Hari Jadi Buat Adik Zain

From Album - Link Saudara Mara


07hb.November 1972.

Buat adik Zain yang berada di Gombak Selangor.Selamat Hari Jadi diucapkan.Kami sedar..Zain sememangnya tidak sihat.Namun begitu...bersabarlah...

ianya adalah ketentuan dan ujian dari Yang Maha Kuasa.A.Mien sekeluarga amat bersimpati dan memahami kesakitan dan kesusahan Zain sekeluarga.InsyaAllah...kami di sini tetap dan terus berdoa kehadrat Illahi...agar di suatu masa nanti..penyakit zain akan sembuh.InsyaAllah.

Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox