Memang..sejak aku bermastautin di JB..aku jarang sangat balik ke terengganu.Biasanya sekali atau dua kali aje dalam setahun.
Memandangkan cuti aidil-fitri ni panjang sikit..aku ambil kesempatan meronda-ronda keseluruhan daerah besut.Banyaklah juga perubahan dan pembangunannya.Jika sebelum ini,pembangunannya amat lemah.Entah apa silapnya-kata Trg negeri yang kedua terkaya di semenanjung Malaysia selepas selangor?
On the way ke JB..sempat jugalah aku lalu dan melancong ke KT jap.Sempat melancong suasana diPulau Duyung.Last aku ke Duyung 1992.Landscapnya dah berubah.Ingat nak singgah kat umah beberapa kawan lama...tak kesampaian.Cari umah mereka pun dah tak jumpa dan call salah seorang dari mereka...beliau dah on the way ke JB.
Dari Pulau Duyung aku ke Pulau Wan Man untuk melihat dari dekat suasana "perkampungan islam Hadhari" yang dibanggakan oleh pihak-pihak tertentu tu.Wahduh..pilih jalan pun salah(maklumlah dah lama tak ke KT-teringat sepatah kata kawan lama(wartawan harakah trg sewaktu hubungi aku pada ramadhan yang lalu-khairul azlam.
"ehh..mung kenal lagi ker ganu...aku dengar mung dah murtad ganu..segoti ko?" bukan..bukan..aku masih anak ganu...
Jalan raya memang jam teruk...dari duyung ke perkampungan hadhari satu jam lebih skit.Ikutkan hati memang malas nak ke sana tapi memandangkan kalau aku tak singgah..entah bila pulak aku akan singgah.Sebabnya..aku selalunya balik waktu malam dari JB.Laluan aku adalah melalui Jerangau Jabur.
Wah..indah juga pembangunan yang dibuat.Wahduh,berapa banyak duit rakyat dihabiskannya ya?
Memandangkan masa dah petang sangat,kami terus ke Pasar Kedai Payang...isteri aku..kalau ke KT..tak sah kalu tak singgah di sini.Yang pertama dicari adalah "Jeruk Kateh".
Sibuk meronda dan berbelanja terlupa dengan "bekal" dari kampung...kami ke Pantai Batu Buruk untuk makan.Orang terlalu ramai...ahh tak kisahlah..bentang surat khabar atas pasir...kami makan.Siap makan dah pukul 645 petang.Kami terus bertolak ke Jay Bee..singgah umah kak yah di Sri bandi...mandi dan makan malam.
Alhamdulillah..perjalanan kami selamat dan kami tiba diumah(P.Gudang) pukul 615 pagi.
No comments:
Post a Comment