Aidilfitri tahun ini(1430H) tidak begitu meriah sangat buatku.Memang cutiku agak panjang(seminggu genap) namun dengan ketiadaan arwah zain,udin dan sue balik raya pada raya keempat membuatkan aku beraya kat umah tertentu sahaja dan selebihnya memerap dan tidur kat umah aje.
Bosan kat umah aku melayan anak-anak kat Pantai Bukit Keluang dua hari berturut-turut.
Kesempatan cuti ini juga..ku bawa keluarga ke kolam air panas di ULU LA,Besut.Ikut sama ayah dan isteri dan anak-anak arwah zain.Kebetulan juga salah satu cara "terapi untuk sakit ayah".
Dan petang 24hb.Sept. sempat aku bawa anak-anak sekeluarga masuk kampung lama(Kg Bukit Puteri Dalam sehingga ke Kg Atas Pulau hingga ke wakaf berhampiran kubur lama).Suasana kampung dah berubah sangat,semak samun makin menebal.Kebetulan waktu pun dah senja sangat membuatkan anak-anakku minta keluar cepat - mereka takut.
Umah arwah ayah Wa - terbiar dan semak mula naik.DULU...nilah salah satu tempat aku habiskan masaku dan setelah aku bermastautin di JB...sekembali ke kampung aku tetap ke sini..makan durian serta sembang-sembang dengan arwah...SEKALONG AL-FATIHAH UNTUK ARWAH..
No comments:
Post a Comment