Ayah...maafkanlah anakmu ini...kerana tidak bisa sentiasa disisimu...
Entahlah ..sejak balik hari raya puasa hari itu hingga kini..pelbagai rasa timbul dihatiku.
Sedih,simpati,kasihan dan seumpamanya berkecamuk dihati serta fikiranku.Entahlah...
Kesihatan ayah makin teruk.Kini, ayah dah lama tak ke masjid untuk berjamaah dan solat Jumaat.Solat di rumah pun dalam keadaan duduk.Untuk duduk solat pun terpaksa disendal dengan bantal.Kadang-kadang nak betulkan kedudukan untuk solat(solat sambil duduk)pun..menangis menahan sakit...Itulah antara gambaran yang saya dapat dari adik mah di kampung.
Sakit yang dialami ayah terlalu lama.Hampir lima puluh tahun..seusia dengan umur abang Mid.Telah terlalu banyak masa dan wang ringgit telah dikeluarkan untuk ubatkan ayah(secara moden dan tradisional)namun kesihatan ayah tidak berubah bahkan makin teruk.Jika berubat secara "moden"..kata doktor "ayah tidak sakit apa-apa" dan jika berubat dengan cara tradisional..dukun itu pula yang minta maaf.."pak cik...saya minta maaf banyak2...sakit pak cik ini bukan sebarang sakit...dan kuat sangat..saya tak sanggup ubatkan.." dan ada pula sesetengah dukun apabila datang kali kedua untuk berubat...dia minta maaf.Katanya..."maaf pak cik...saya takleh teruskan.Jika saya teruskan..mati saya..."
Jika begini macamana nak dibuat?Bukan ingin percayakan dukun dan menolak pandangan doktor.Tapi itulah hakikat yang dihadapi oleh ayah khususnya.Kesemua dukun yang dijumpai menyatakan"jawapan sama".Bahkan dengan pakar perubatan islam pun kata begitu"jawapan sama".Bezanya...pakar perubatan islam itu menasihatkan ayah bersabar dalam menghadapinya dengan banyak membaca ayat-ayat suci dalam semua keadaan.
Bagi saya... saya yakin dengan kata-kata dukun dan pakar perubatan islam tersebut.Terlalu banyak bukti dan peristiwa yang menyokong hujjah dan pandangan saya.Untuk itu...saya ingin menyeru kepada "individu tersebut"..sudah...sudahlah...perkara itu dah hampir lima puluh tahun berlalu.Kesalahan dan kesilapan sebenarnya dari awak...yang awak nak dengki dan khianat tuuu kenapa?Cuba awak bayangkan kes ini terkena kepada awak?Awak sanggup tanggung? Awak sanggup bersabar macam ayah saya?
Kepada abang R....usahlah bermain kata dan bersandiwara dengan ayah.Tak usahlah bertegang leher dengan ayah.Faham,hayati dan kasihanilah ayah.Usia ayah tidak lama lagi.Umur ayah kini sudah melebihi 70 tahun.
Sementara abang R.... ada ayah dihadapan mata dan masih bernyawa...hargailah ia.Bukan wang ringgit dan harta bertimbun yang ayah mahukan.Bukan...bukan itu semua.Yang ayah mahukan ialah kasih sayang dan memahami sakit derita yang ayah sedang alami...itu sahaja.
Kepada abang R....saya cadangkan...abang datanglah ke rumah ayah.. tidur dan bermalam sehari dua...lihatlah..saksikanlah keadaan ayah..pagi,tengahari,petang,sore.malam,tengah malam dan awal pagi..saya yakin,jika itu yang abang R....lakukan..pasti abang R.... akan menangis dan menyesal.
Okeylah..untuk abang R....say doakan abang terus dirahmati oleh Allah dan mengharapkan abang berubah dan kepada ayah..saya memohon maaf dan ampun kerana tidak mampu berada disisi ayah diwaktu-waktu begini.Saya tetap dan terus berdoa kehadrat Illahi...agar Allah terus berikan kekuatan buat ayah.
Akhir bicara...salam penuh ingatan dan kasih sayang buat ayah dan emak dari anakmu ini..hazimi
11/28/2008
Maafkan anakmu ini ayah
Labels:
Keluarga saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment