Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

11/28/2008

Bahana Krisis Ekonomi 2008-tempiasnya telah mula kurasai

Tempias krisis dan bahana ekonomi 2008 akhirnya dirasai dan menimpa kepada SNC Industrial Laminates Sdn Bhd(tempat aku bekerja).Lantas diriku dan keseluruhan pekerjanya tak terlepas menerima tempias serta kesannya....

Hari ini(28hb.November 2008)...27 orang dari 31 orang pekerja Indonesia di SNC ditamatkan kontraknya.Pertengahan December ini akan dihantar pulang...

Mesyuarat hari ini dimaklumkan oleh pihak Admin,selain dari tindakan menghantar pulang pekerja(warga Indonesia) beberapa tindakan drastik telah dan akan diambil bagi meneruskan "usia operasi syarikat".

Antara tindakan yang diambil bermula isnin ini(01 December 2008) ialah..mewujudkan kerja 3 shift dan shift normal "tanpa overtime".
Shift 1 - 08:00 ~ 17:30
Shift 2 - 15:00 ~ 12:30
Shift 3 ~ 23:00 ~ 08:30
Normal ~ 08:00 ~ 17:30

Kesemua pekerja dimestikan mengikut waktu yang telah ditetapkan.Sebarang overtime mesti diluluskan oleh manager department.

Dimaklumkan juga untuk tahun 2009,kesemua operasi akan dihentikan pada hari sabtu dan ahad.Sebagai ganti hari sabtu tidak bekerja...waktu bekerja akan ditambah lima belas minit dan dikurangkan waktu rehat tengahari.



No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox