Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

11/28/2008

Masalah Ekonomi Dan Dilema Tawaran Baru

Masalah ekonomi telahpun kurasai bermula hari ini..dan tak semena-mena telah mengundang satu dilema kepadaku mengenai tawaran kerja baru kepada isteriku....

Juga hari ini(28hb.Nov 2008).Setelah dua tahun lebih isteriku "VSS dari RHB Pasir Gudang" beliau sekali lagi menerima tawaran bekerja dibank.Kali ini datangnya dari Bank Islam.Bagi saya..saya tidak kisah isteri bekerja tetapi kali ini "sangat rumit" untuk saya buat keputusan.Apatah lagi peluang tawaran ini diberikan hanya "dua jam sahaja" dan dikehendaki memberi keputusan secepat mungkin.Manakala lokasi yang ditawarkan pula sangat jauh iaitu di Segamat dan Mersing.

Setelah berbincang dan menganalisis baik dan buruk tawaran tersebut maka saya putuskan dengan "membenarkan isteri" menerima tawaran tersebut.Cawangan yang dipilih adalah Mersing.Jarak perjalanan dari Pasir Gudang ke Mersing lebih kurang dua jam.Inilah antara beberapa masalah yang perlu ditangani.

Untuk itu..saya akan cuba mencari beberapa kaedah yang sesuai mengenai tempat tinggal,anak sekolah dan seumpamanya dalam masa terdekat ini.Memandangkan tarikh mula bekerja adalah minggu depan dan tidak berapa lama lagi sesi persekolahan akan bermula. MOGA ALLAH MEMBERI KEKUATAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DAN DILEMA INI.



No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox