Sebaik tiba dari dinner kat seafood Kg Pasir Putih...suasana lorong kat umah amat sesak dan asap tebal...pada mulanya hati nak marahkan anak-anak India yang sedang main mercun.Marah bukan pasal main mercun...tapi saya nak lalu pun tak diendahkannya...geram betul rasanya..tapi akhirnya saya "cooll" gak...kata hati sabarlah...itulah kalau dah terlampau seronok bermain..mungkin mereka tak sedar kedatangan saya.
Selepas melepasi anak-anak dari kaum India main mercun tadi....betul-betul depan rumah saya pun lagi sesak.Apa yang berlaku nie?..isteri turun untuk buka "gate"...Ohhh,rupanya ibu kepada Kee baru saja meninggal dunia."TAKZIAH KEPADA KELUARGA KEE - bersabarlah,inilah kehidupan.Kehidupan tidak akan sempurna jika tidak disulami dengan kematian.Kematian adalah sesuatu yang pasti cuma bila,dimana dan keadaan sahaja kita tidak tahu.
Kee adalah jiran saya yang terbaik dari Non - Muslim.Banyak perkara yang saya kagum dan hormat dia.
Sekali lagi diucapkan "TAKZIAH KEPADA KELUARGA KEE"
10/25/2009
Takziah buat keluarga Kee
Labels:
Keluarga saya dan kejiranan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment