Catatan 2
29hb.malam..selepas solat magrib berjamaah yang diimamkan oleh ayah..kami sembang dengan pelbagai issue dan kebisingan anak-anak(mereka pun buat team gak...) tanpa sedari jam dah pukul 8:30 malam...terlepas untuk dapatkan berita pasal raya jadi tak besok...on tv...tak ada apa-apa tanda esok raya...adik Mah sms pada adik zah di PD....kata Zah raya raya 1hb lah.....
"wah esok kena puasa lagi".....rintih angah(anakku).
Kami semua ambil wuduk dan solat Insyak berjamaah berimamkan ayah.Balik kampung kali ini nampak sangat"tua dan tak sihatnya ayah dan emak"...apatah lagi dengan sakit ayah yang tak pernah "baik" sepanjang empat puluh lapan tahun.Sakit ayah sama dengan usia abang Mid(1960-2008).Saya amat bersimpati dengan sakit ayah dan di situ juga saya amat kagum dengan "semangat ayah dalam melawan" penyakitnya.Ayah tidak pernah mengeluh dan saya pun tahu sakitnya itu sewaktu berusia 17 tahun(1988).Ayah sembunyikan sakit dan keperitannya itu dari anak-anak...(tak mahu susahkan anak-anak katanya).Apa pun kami anak-anak tetap dan terus berdoa semuga suatu hari nanti sakit ayah akan sembuh dan orang yang lakukan pada ayah itu diberikan keinsafan.
Biasalah...berkumpul dimusim perayaan..riah rendah anak cucu dan anak menentu.Suasana hingar bingar dengan ketawa dan kejar-mengejar cucu-cucu ayah.Paling "kepoh" sekali anak adik Huda"Ifham"..diikuti dengan anak-anakku dan anak adik Zain.
30hb. Emm nilah hari terakhir puasa bagi Ramadhan utuk tahun ini..besok dah raya.
Memandangkan emak dan ayah tak sihat serta uzur...pelbagai persiapan raya dilakukan oleh anak menantu serta cucu yang dah remaja.
Aktiviti pertama tangkap ayam kampung di reban.Planning raya tahun ni makan satay "ayam bandar" dan "ayam kampung".kebetulan pula kata ayah..ayam kampung dah banyak sangat..tak ada orang nak makan nanti....
"Jeng...jeng..jeng...pintu reban saya buka"koho-koho"...nampaknya tangan yang ku hulurkan...bertempiaranlah...tiba-tiba dinding reban disebalah belakang pecah...apa lagi bertempiaranlah melarikan diri..."dok tingga seko"..."melepas nak makan satay ayam kampung"....
Emm..yang jelasnya hanya "satay ayam bandar ajerlah ya...
Saya,adik Sue,Suhaila, isteri dan emak.
(Proses nak wak satay)
Emak...walaupun uzur dan tak sihat turut "mencelah" untuk 'memeriahkan" suasana.
Itulah sikap emak yang ku kagum....
Selepas "kerjakan ayam" saya,adik Sue dan Uda ke Pasar bandar Pasir Putih.Selain temankan Uda berbelanja sebenarnya saya kempunan ingin makan" soup belut sawah".Biasanya belut sawah banyak dijual di Pasar bandar Pasir Putih.Planning..alang-alang dapat belut sawah...mahu borong dalam 50~60 ekor.Suasana agak sesak juga.Emm..sekali lagi..memang kempunan sungguh..pada hari tersebut belut tidak dijual.
Pulang dari Pasar bandar Pasir Putih...saya dan isteri merayap jap ke Bandar Jertih.Bagi menggelakan dari kesesakan yang teruk...saya hanya guna motor ayah jer.Suasana sesak dan panas membuatkan kami suami isteri tak tahan..pening kepala.Setelah berbelanja sedikit sebanyak kami pulang sahaja.
Berbuka puasa petang itu amat meriah bagi saya.Apa tidaknya...setelah setahun aku tidak berjumpa dengan adik-beradik.Last saya pulang kampung ialah majlis kahwin adik Sue tahun lepas.Raya puasa hari kelima.Apa tah lagi apabila dapat bersama dengan keluarga abang Mid.
Solat Magrib dan Insyak berjamaah diimamkan oleh abang Mid.Selepas solat Insyak kami seisi rumah mendirikan solat hajat khusus untuk kesejahteraan kesihatan ayah.
"Ya Allah ya Tuhan kami.Pada malam ini kami berkumpul, terdiri dari anak-anak dan menentu serta cucu-cucu memohon,merayu,meminta kepadaMU agar segera sihatkan ayah kami setelah menderita sakit sekian lama.Berikanlah balasan setimpal kepada orang yang mengkhianati ayah kami.Sesungguhnya tentera-tenteraMU amat lengkap,amat hebat...hancurkan dan balaskan azab kepada mereka yang mengkhianati ayah kami.Kami anak-anak dan menentu serta cucu-cucu simpati dan merasai bersama kesengsaraan serta kesakitan yang ayah kami tanggung.Oleh itu Ya Allah...perkenankanlah doa dan permintaan kami...sihatkanlah ayah kami dan azabkanlah mereka yang bersekongkol dengan syaitan mengkhianati ayah kami.Kami juga memohon kepadaMU..kurniakanlah kesembuhan terhadap kesakitan yang dihadapi oleh saudara kamdung kami..adik Zain............"
Emm..aktiviti gotong royong cucuk satay.
Hah..bakar kepak ayam dan satay pulak.
10/13/2008
Aidilfitri 2008 - Beberapa Catatan (Catatan 2)
Labels:
Keluarga saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment