Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

10/22/2008

Hubungan Kekeluargaan Perlu Dipertingkat Dan Dikembangkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulilah dan syukur....kita masih dikurniakan dengan pelbagai nikmat dan rahmat oleh Allah s.w.t.Sesungguhnya nikmat Allah terhadap kita terlalu banyak dan tidak terhitung banyaknya.
Menyedari dan menginsafi hakikat tersebut maka kita wajib bersyukur kepada Allah pada setiap masa dan ketika.

Kita pun masih lagi berada pada "mood raya".Banyak rumah terbuka aidilfitri yang kita masih hadiri samada kawan,rakan ataupun saudara mara.Selain menjamu selera dengan pelbagai juadah yang melazatkan kita juga dapat bermaaf-maafan serta bertemu muka setelah sekian lama tidak berjumpa disebabkan oleh kesibukan aktiviti masing-masing.

Bagi saya sekeluarga aidilfitri yang di sambut saban tahun tidak ada yang "paling seronok" melaikan dapat bertemu,berbicara serta bermaafan dengan rakan atau saudara-mara yang telah lama tidak berjumpa.Cukup seronok.

Sebelum Ramadhan tempohari..saya termenung seketika.Terasa dan tersentuh hati ditika itu...."aku hanya dua beradik sahaja di P.Gudang nie...balik kampung dahlah sekali atau dua kali sahaja dalam setahun.....ramai antara saudara-maraku dah lama tidak bertemu bahkan sangat sukar untuk bertemu...dan tidak mustahil lima atau sepuluh tahun akan datang aku tak mengenali anak saudara atau saudara-mara yang lain...."....dan agaknya apakah tindakan yang perlu aku ambil?Berhenti kerja di P.Gudang dan balik kampung?Pada awalnya...kata hati okey juga...tetapi sekali lagi fikir...rasanya tak bolehlah...lagi banyak problemnya...

Fikir punya fikir...saya cuba tenangkan hati...timbul kata hati..."bukan aku seorang jer yang meninggalkan kampung dan bekerja di tempat lain.Sebagai contoh..masyarakat Indonesia.Mereka keluar kampung halaman dan bekerja di negeri orang...tiga atau empat baru dapat balik kampung.Lagi dasyhat.Aku hanya sekali atau dua sahaja dalam setahun.Tak leh tahan ker???

Okeylah...saya ambil kata putus...jika saya balik dan kerja dikampung pun..bukannya selalu sangat saya jumpa mereka.Mereka pun ada tugasan masing-masing.Jadi, saya ambil keputusan untuk "tetap berada di Pasir Gudang dan bagi menambahkan rangkain rakan atau sanak-saudara..saya perlu wujudkan satu link yang baik di internet yang boleh memaparkan berita-berita serta salasilah yang lengkap.

Saya sahut kata hati itu...dan inilah sebagai buktinya(SILA LIHAT PADA LINK WEB SAYA-HAZBJ).Kesemuanya itu masih lagi dalam proses mengemaskan data.Saya harap....kepada rakan dan sanak saudara yang ada web sila tinggalkan pesanan anda di s.box atau bagi yang belum memiliki web..tolong creat satu blog.Banyak blog yang menawarkan pakej percuma.

SALAM PERSAHABATAN DAN PERSAUDARAAN DARI SAYA.



No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox