Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

10/12/2008

Aidilfitri 2008 - Beberapa Catatan (Catatan 1)

Catatan 1

Sejak belum puasa Ramadhan lagi kami dah putuskan untuk tidak pulang beraya di Besut pada tahun ini. Entah macamana pada 26hb keputusan berubah bila isteri(org JB) nak beraya di Besut.Itulah isteriku...setiap kali datangnya Syawal...Besutlah pilihannya....

Selepas berbuka puasa dan solat magrib pada 28hb...kami bertolak balik ke Besut.Alhamdulillah..jalanraya tidak begitu sesak sangat disebabkan orang ramai telah bercuti dan pulang lebih awal lagi.Jam 3:40 pagi kami singgah "bersahur" di Permatang Badak.Jam 4:15 pagi mak call"dah kat mana?...sempat sahur kat umah tak?".....tak apalah mak...tak sempat rasanya...mata ngantuk sangat
(siangnya masih kerja) saya tak leh bawa laju cam biasa...Entahlah..malam tu saya tak dapat nak memandu....satu jam pun tak mampu..ngantuk sangat...apalagi....isteriku ajelah yang memandu ..Saya tiba di kampong Dengir jam 07:00 pagi.

Emm...dahlah tidur banyak dalam perjalanan...sampai kampung pun mata masih ngantuk dan badan amat bisa rasanya.Apalagi...selepas salam dengan mak, ayah dan adik Zain serta sembang skit....tarik bantal sambung tidur....jam 1.30 tghari baru sedar...

Setelah mandi dan solat...saya membantu emak,Sulaila dan kak Dah sekeluarga(Nazihah,Nadia dan Zarifah) membungkus "tapai" menggunakan daun getah...
..dah lama tak membungkus tapai..."rekyot-rekyot" dibuatnya....

....seharian..29hb saya tak merayap ke mana-mana...dan petang waktu berbuka puasa amat meriah dengan pelbagai hidangan masakan kampung lebih-lebih lagi dengan berkumpulnya hampir separuh dari anak cucu ayah....




No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox