1 Syawal bersamaan 1 Oktober 2008 - Hari Raya aidilfitri.
Ayah tidak ke masjid kerana uzur.Saya dan yang lain-lain ke masjid Kampung Dengir untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. Abang Mid pula berkhutbah dan imam solat di surau kampung Bukit Puteri Dalam.Kampung asal saya.
Selepas solat aidilfitri saya mulakan ziarah di rumah sanak saudara.Maklumlah pulang ke kampung sekali setahun dan kesempatan inilah yang mesti diambil untuk bersua muka serta bermaaf-maafan.Saya convoi 3 kerata(adik sue dan adik Uda),(Adik Deen)dan kerata saya sendiri dengan disertai adik Zain sekeluarga. Kami mula dengan rumah Pak Sue di kampung Pinang,Kampung Raja.Sudah empat tahun saya tidak ke rumah Pak Sue.
Pak Sue,saya,adik Zain dan adik ipar(Lan).
Selepas itu kami berziarah dan beraya dirumah abang Long(anak ayah dari isteri pertama(Khadijah) di kampung Kayu Kelat,Kuala Besut.
Abang Long,saya dan adik Zain
Tekun..bukan menonton apa-apa..sembang jer tuu..
Kelihatan anak saudara saya (Sarimah-baju kuning)
Kemudian kami ke rumah sepupu - abang Yaakob di kampung Nangka,Kuala Besut.Emm..rezki kami untuk makan ketupat dirumahnya tidak kesampaian.Beliau dan isteri tiada dirumah.
Kami singgah beraya di rumah arwah Pak Long di kampung Beris Baru,Kuala Besut.Sempat jumpa dan beraya dengan mak Long,Mie dan beberapa sepupu yang lain.Kesemua mereka itu berada di KL dan Perak kecuali Mie ajer kerja di kampung.Gambar kenangan tiada dirakamkan di sini - terlupa.
Emm...kepenatan,panas dan kurang selesa..kami putuskan untuk balik dahulu untuk mandi dan rehat sekejap.On the way..saya masuk melalui jalan kampung asal saya(bukit puteri Dalam)...cukup sunyi..singgah jap dirumah abang Mokhtar(abg Tar)...sembang jap dalam 40 minit.Sampai rumah ayah....dah tak ada ruang nak packing kereta...kereta tetamu dan anak-anak ayah.
Selepas mandi dan solat zohor...saya ke rumah Pak Da(abang ayah) di kampung Gong Penaga,Pasir Putih,Kelantan.Pak Da amat rapat dengan keluarga saya.Dulu..waktu pernikahan saya di Pasir Gudang...beliau ada datang.Pak Da mengadakan majlis kenduri tunaikan hajat - anak yang beliau pelihara lewat dapat zuriat.Katanya jika dapat zuriat...beliau akan korbankan lembu.Jadi,hajat untuk dapatkan cucu tercapai dan nazarnya pun tertunai sudah.
Okey..untuk hari raya pertama ini saya akhirkan ziarah di sini sahaja memandangkan tetamu yang datang terdiri dari sanak saudara kesemuanya.Ramai dapat bersua muka di situ.
Anak saudara yang baru kahwin(Na) dan adiknya (Ie)...dapat bertemu...tapi sayang ..terlupa untuk rakamkan foto.
Beberapa foto sekitar hari raya pertama
Baca Selanjutnya »»