Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

9/21/2008

Ramadhan ini - dah dipenghujung rupanya



Emm..diam tak diam ramadhan tahun ini(1429H) dah berada dipenghujung.Sangat cepat dan pantas.

Apa pun alhamdulillah dan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana masih diberikan peluang dan kesempatan untuk menunai serta menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dan moga-moga dikurniakan rahmah dan barakah terhadap segala amalan-amalan kita di sepanjang Ramadhan kali ini.

Menyorot serta mengigatkan kembali tentang puasa dan ramadhan ini...pelbagai kenangan dan peristiwa yang tidak dapat dilupakan dari usia kanak-kanak,remaja dan dewasa.Pahit,manis,gembira,duka,sihat,sakit.......Kesemuanya itu...telah menjadi "kenangan peribadi" untuk selama-lamanya.

Ramadhan 1429H masih bersama kita lagi dan kini ianya sudah dipenghujung.Ianya juga merupakan "kemuncak" ramadhan
iaitu sepuluh malam terakhir yang menjadi detik menentukan bagi tercapainya darjat beribadah 1,000 bulan kepada Allah SWT. Antara sunnah Rasul SAW ialah menghidupkan malam ini dengan beribadah.

Bagi sesiapa yang mencintai Nabi SAW dan berpegang kepada sunnahnya, eloklah mengutamakan malam al-Qadar daripada urusan keduniaan yang melekakan. Malam ini tiada serinya melainkan dengan solat tahajud, tilawah al-Quran, berdoa sambil mengharapkan rahmat dan bertaubat.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

Barang siapa yang bangun mendirikan sembahyang pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan harapan maka akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda SAW yang bermaksud:

Allah turun ke langit dunia saat sepertiga malam terakhir, Allah menyeru: Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memberinya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampunan-Ku supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang berdoa supaya Aku memakbulkannya?” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jadi,alangkah baiknya jika sepuluh malam terakhir ini boleh membayar kesilapan seumur hidup kita yang lalu. Betapa Allah begitu Penyayang kepada hamba-Nya sehingga kita tidak seharusnya berputus asa.







Baca Selanjutnya »»

My Blog - Wajah Baru

Alhamdulillah..syukur blog saya telah bertukar template.Lebih ceria dan menarik.

Sebenarnya telah lama cuba untuk menukar template tapi tidak berjaya....:):):) lum pandai katakan...Mencuba dengan pelbagai tips yang diberi masih juga tidak berjaya.Kini,alhamdulillah dengan bantuan dan pertolongan seorang rakan akhirnya berjaya juga.Thanks kepada Intan Hanina.Melalui blognya..Teratak Muncet banyak memberikan tip-tip yang berguna buat saya.




Baca Selanjutnya »»

9/17/2008

Purwanti dan Ika - Satu Catatan Kenangan


















(Purwanti dan Ika - Kenangan)

Emm......05 Oktober 2004 ~ 05 Oktober 2008 genaplah empat tahun Purwanti dan Ika bekerja di SNC dan menjadi anak buah saya.

Pulangnya mereka berdua ini...maka berkurang lagilah jumlah "puteri" dalam group saya.Sepanjang mengenali dan berkawan mereka berdua ini sangat senang untuk dibawa berbincang dan untuk mengarahkan sesuatu kerja.

Kepada Purwanti dan Ika..saya ucapkan selamat kembali ke negara asal anda(Indonesia).Saya doakan agar anda berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.Sepanjang anda di sini(SNC)...ianya menjadi" kenangan yang tidak boleh dilupakan"kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Diruang ini...menjadi buktinya...namun saya tidak akan detailkan dan cukuplah dngan kata-kata....Salam persahabatan dan ukhwah hingga ke akhir hayat.
Baca Selanjutnya »»

9/05/2008

Terkini - kesihatan atuk

05/09/2008

Selesai solat Jumaat dan hantar Angah ke sekolah Rendah kebangsaan Taman Pasir Putih, saya terus ke Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi untuk ziarah atuk.Sebelum itu singgah sekejap ambil emak di Taman Rinting,Masai.

Dalam perjalanan singgah sekejap diHPA Kota Tinggi belikan beberapa jenis ubat herba untuk atuk.Saya sekeluarga tiba di sana tepat dengan azan solat Asar.

Memang sedih melihat keadaan kesihatannya-terbaring dan tak selera makan.Minumnya pun hanya beberapa sudu kecil sahaja.Lemah sangat.Saya pun dia tidak kenal tapi isteri saya dia kenal.

Begitulah hukum alam..bergerak umpama roda yang sentiasa berubah-ubah.
Melihat keadaannya teringat pula kepada sepotong hadith yang diiwayatkan oleh
Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.


“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
Ustaz Abu Bakar Abdullah(bekas pengajar di Institut Berakan,Jalan Sultan Omar)semasa menghuraikan persolan ini sewaktu pogram tamrin pada tahun tahun 1992 menyatakan:"Kita sebagai individu muslim yang dipilih oleh Allah berada didalam NURNYA...mesti beramal dan mempraktikkan hadith ini.Kita akan berjaya dan kita menjadi ummat yang kuat lagi digeruni dan dihormati.Menurutnya lagi,jika kita tertinggal untuk "merebut dan mengambil kesempatan" terhadap lima perkara tersebut(muda,sihat,kaya,lapang dan hidup)...ianya tidak akan kembali lagi.Rintih dan rayu tidak berguna lagi.

Inilah peringatan Allah kepada mereka yang masih muda,sihat,kaya,lapang dan hidup.Dan saya pun secara tiba-tiba teringat pesanan ustaz tersebut walaupun ianya diucapkan kira-kira 16 tahun yang lalu.Oleh itu,sayugialah diingatkan terutama untuk diri saya sekeluarga marilah kita memahami,menghayati dan beramal dengan ikhlas kepada Allah serta menjauhkan sifat mazmumah dari bersarang dan bertakta dihati kita.Ingat mengingatilah antara kita dan beriltizam untuk terus berusaha bagi memperbaiki diri, dan saling mengingatkan dalam kebenaran dan kesabaran.Pesan memesanlah antara kita.Moga Allah kurniakan taufik,hidayah dan kekuatan untuk kita beramal keranaNya.

Untuk Atuk...saya doakan moga sentiasa dirahmati oleh Allah...aminnnn. Baca Selanjutnya »»

9/03/2008

Untuk "Atuk"..moga cepat sembuh

Emm...pagi semalam(02/09/2008) saya tidak sempat untuk ziarah atuk(ibu ayah sebelah isteri) di Felda Air Tawar 1,Kota Tinggi,Johor kerana tidak dapat cuti.Hanya isteri dan anak-anak serta ayah dan emak ikut serta.Kepada atuk..maafkan saya.

Saya dimaklumkan oleh isteri,keadaan kesihatan atuk dah teruk sangat.
Walau apaun saya doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk atuk.Amin...

Kenangan-Di Pantai Air Papan 2001.

Along(Dibuaian,isteri,angah dan atuk) Baca Selanjutnya »»

9/01/2008

Sujud tingkat tertinggi penghormatan

Oklah sahabat-sahabat.sekarang(01/09/2008) telah datang bulan paling baakah dari bulan-bulan yang lain..yaitu bulan Ramadhan.Ianya bulan latihan untuk membentuk dan melahirkan diri kita menjadi hamba Allah yang lebih taat dan bertakwa.

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga ibadah kita itu diterima oleh Allah.

Sebuah hadith sebagai renungan bersama.

DARIPADA Ibnu Abbas, katanya, Rasulullah SAW membuka tirai (kamarnya ketika Baginda sakit akan wafat), padahal ketika itu jemaah sedang solat berjemaah diimamkan Abu Bakar. Lalu Baginda bersabda: ”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang Muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Kedudukan sujud ialah menungging dengan meletakkan tangan, lutut, hujung kaki dan dahi pada lantai.

Ketika Allah meminta malaikat bersujud kepada Nabi Adam bererti inilah tingkat tertinggi daripada sebuah penghormatan. Sujud hanya untuk Allah. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita tingkat paling tinggi daripada rasa hormat adalah "Sujudlah pada Ku."

Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Hal ini sekali gus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar.

  • Petikan e-hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  • Baca Selanjutnya »»
     
    Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox