Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

9/21/2008

Ramadhan ini - dah dipenghujung rupanya



Emm..diam tak diam ramadhan tahun ini(1429H) dah berada dipenghujung.Sangat cepat dan pantas.

Apa pun alhamdulillah dan syukur kepada yang Maha Kuasa kerana masih diberikan peluang dan kesempatan untuk menunai serta menjalankan ibadah puasa pada tahun ini dan moga-moga dikurniakan rahmah dan barakah terhadap segala amalan-amalan kita di sepanjang Ramadhan kali ini.

Menyorot serta mengigatkan kembali tentang puasa dan ramadhan ini...pelbagai kenangan dan peristiwa yang tidak dapat dilupakan dari usia kanak-kanak,remaja dan dewasa.Pahit,manis,gembira,duka,sihat,sakit.......Kesemuanya itu...telah menjadi "kenangan peribadi" untuk selama-lamanya.

Ramadhan 1429H masih bersama kita lagi dan kini ianya sudah dipenghujung.Ianya juga merupakan "kemuncak" ramadhan
iaitu sepuluh malam terakhir yang menjadi detik menentukan bagi tercapainya darjat beribadah 1,000 bulan kepada Allah SWT. Antara sunnah Rasul SAW ialah menghidupkan malam ini dengan beribadah.

Bagi sesiapa yang mencintai Nabi SAW dan berpegang kepada sunnahnya, eloklah mengutamakan malam al-Qadar daripada urusan keduniaan yang melekakan. Malam ini tiada serinya melainkan dengan solat tahajud, tilawah al-Quran, berdoa sambil mengharapkan rahmat dan bertaubat.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

Barang siapa yang bangun mendirikan sembahyang pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan harapan maka akan diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda SAW yang bermaksud:

Allah turun ke langit dunia saat sepertiga malam terakhir, Allah menyeru: Adakah antara hamba-Ku yang meminta kepada-Ku supaya Aku memberinya? Adakah antara hamba-Ku yang meminta ampunan-Ku supaya Aku mengampuninya? Adakah antara hamba-Ku yang berdoa supaya Aku memakbulkannya?” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jadi,alangkah baiknya jika sepuluh malam terakhir ini boleh membayar kesilapan seumur hidup kita yang lalu. Betapa Allah begitu Penyayang kepada hamba-Nya sehingga kita tidak seharusnya berputus asa.







No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox