Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

11/26/2009

Pak Su Hussin - Kembali ke rahmatullah

26 November 2009

Lumrah alam...ada hidup mesti ada mati.... ada datang mesti ada pergi...ada bertemu dan ada berpisah..ada gembira dan ada sedih.Begitulah kehidupan ini...yang kita semua lalui.

Pak Sue Hussin(suami pada maksu Halijah - adik emak) telah kembali kerahmatullah.
Al-Fatihah...Doa saya sekeluarga..moga rohnya ditempatkan bersama dengan mereka yang diredai Allah.

Kepada Mak su sekeluarga diucapkan "Takziah" - harap bersabar dengan dugaan dan ujian Allah ini.

From My Family Album(2008)


From My Family Album(2008)


(Antara foto kenangan - raya aidilfitri 2008)

Sebenarnya saya dan keluarga amat rapat dengan keluarga maksu dan banyak kenangan-kenangan manis...kesemuanya telah menjadi "sebuah kenangan".

Sekali lagi...al-fatihah untuk arwah Paksu Hussin.

"hazbjfamily.blogspot.com / hazzbj@gmail.com




Baca Selanjutnya »»

11/25/2009

Salam Aidil Adha Untuk Semua

Fajar aidil adha akan tiba 2 hari lagi(27 November 2009-Jumaat).

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita semua masih diberi "nafas" hingga ke saat ini.Apa pun kita mengharapkan agar "umur" kita terus dipanjangkan oleh Yang Maha Kuasa serta dipelihara iman dan takwa kita.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


From Pelbagai Picture

Kesempatan ini saya "hazbj dan family" ingin merakamkan ucapan "selamat menyambut aidil-adha 1430H".Salah dan silap mohon dimaafkankan.Apa yang penting...marilah sama-sama kita "menghayati sejarah pengobanan nabi Ibrahim menjalani arahan Allah agar menyembelih anaknya Ismail".Peristiwa ini tidak akan dilakukan sebarang manusia.Tindakan Nabi Ibrahim ini lahir dari "aqidah dan keimanan yang amat tinggi terhadap Allah".Peristiwa korban inilah yang menjadi salah satu element kepada "hari raya korban" yang kita rayakan saban tahun.

Kepada muslimin dan muslimat yang sedang menunaikan ibadah haji(termasuk ibubapa mertua,acik Zabidah,Mok chek serta suami)...didoakan moga dipermudahkan oleh Allah terhadap apa jua urusan ibadah di sana dan memperoleh haji yang mabrur - insyaAllah.
From My Family Album(2009)

Sekali lagi ..salam aidil-adha buat semua sahabat,saudara-mara serta yang mengenali diri ini.




Baca Selanjutnya »»

11/22/2009

SNC Family Day 2009

21/11/2009(SNC FAMILY DAY)

Bertempat di Tanjung Puteri Golf Resort.Jaraknya cuma lima kilometer sahaja dari umah.Dekat "bangat".

Pada awalnya planning tak mahu datang tapi last-last datang gak pasal nak "layan anak-anak main kolam"...itu sahaja.Memangpun seperti tanggapan awal...program tak meriah mana...

Walauapapun.."sekalong tahniah buat SNC dan warganya kerana dalam suasana kegawatan ekonomi global ini" masih berupaya mengadakan family day.
From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

(Naim bersama hadiah - sukan kanak-kanak)




Baca Selanjutnya »»

11/16/2009

Selamat Menunaikan Ibadah Haji

16/11/2009

Buat ayah dan emak - selamat menunaikan ibadah Haji(1430H).Alhamdulillah mereka berdua selamat berlepas dari Senai Airport pagi tadi.Ikut sama acik Zabidah(adik Mak).

Dalam pada itu..sempat juga jumpa dengan Mok Chek dan Pak Cik(sepupu ayah Jusoh dari Keluang,Johor).Beliau juga berpeluang mengerjakan ibadat haji pada tahun ini.

Moga mereka semua dianugerahkan kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna dan seterusnya mendapat haji yang "mabrur".
From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)





Baca Selanjutnya »»

11/14/2009

Majlis Anugerah Dan Kecermelangan Pelajar Pasti Tebrau 2009

13/11/2009 jam 7:30 malam..bertempat di Hotel Selesa,Pasir Gudang.

Pasti Tebrau telah menganjurkan majlis Anugerah dan kecermelangan Pelajar Pasti(Tebrau) 2009.Anakku yang ketiga-Nurhusna Haziqah adalah pelajar pasti dari Tmn Pasir Putih.

Aku memang sibuk sebagai urusetia..dan ini sempat dirakamkan sebagai kenangan.

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)





Baca Selanjutnya »»

SMS dari Ainun...

14/11/09 - On the way ke Simpang Renggam..terima sms dari Ainun(anak abang Mid)..
"Salam...18hb.November hingga 16hb.December..Ainun ade exam spm..doakan Ainun berjaya dalam spm,dimurahkan rezki dan dipermudahkan segala urusan....maafkan Ainun jika ada wat salah dan tersalah kata..."

..InsyaAllah a.mien akan doakan.Kepada Ainun..ainun sememangnya telah berusaha bersungguh-sungguh jadi tenangkan hati dan perasaan.Jawablah dengan tenang dan terbaik.InsyaAllah..kejayaan akan menyusul selepas itu.....

From Album - Link Saudara Mara

(Gambar dari album Ainun-friendster)

Selain Ainun..adik ipar(Nurul Huda) juga akan menduduki exam spm..doa dan harapan moga dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang terbaik.
From My Family Album - 2007




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


###...membaca sms Ainun..teringat kepada pesan ustaz Ismail sewaktu aku di sekolah Menengah Agama Ittifakiah-katanya salah satu cara agar dapat jawab exam dengan baik dan seterusnya keputusan yang cemerlang ialah dengan meminta maaf dengan ibu ayah,adik beradik serta orang-orang yang terhampir dengan kita termasuk guru-guru kita.





Baca Selanjutnya »»

Panggilan Haji

Tahniah kepada mak dan ayah mertua kerana diberikan kesempatan mengerjakan haji pada tahun ini(1430H).

Doa dan harapan kami semua "moga emak dan ayah dapat mengerjakan haji dengan baik dan mendapat haji yang mabrur-insyaAllah".

From My Family Album(2009)

(Gambar sewaktu majlis kenduri kahwin adik Zulkifli di Baling,Kedah)

Emak dan ayah akan berlepas di Senai Airport pada 16hb.Nov dan balik pada 30hb.Dec.
Tahniah juga buat acik Zabidah(adik mak) kerana dapat ikut sama.

Makluman awal - Mok Chek(sepupu ayah Jusoh) juga berlepas dengan kapalterbang yang sama dengan emak.Kepada Mok Chek...nanti kita jumpa di Senai airport pagi 16Nov.

Selamat mengerjakan ibadah haji - moga dikurniakan haji yang mabrur,InsyaAllah.




Baca Selanjutnya »»

Minta Petai Abah!!!

Emm..dah lama gak tak menulis dan update kat blog nie.Nak kata bussy..rasenya x gak.Entahlah..mungkin akhir-akhir nie badan "kurang enak" skit tambahan tangan kanan kerap kebas2..tu yang maybe malas nak update.

Apa pun malam nie aku teringat "gelagat anak bungsu - Aqilah".Katanya..abah aqilah nak petai!boleh? boleh? boleh?..sedap!!!" tanyanya girang.

Kataku..mana ada petai..apa sedapnya petai? Katanya lagi tuu ada kat dalam aisboc...
Ohhh! Teringatlah aku...."hai aqilah sayang,itu bukan "petai"..tapi "TAPAI PULUT".

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)

Kami semua ketawa...Katanya"ohh..aqilah ingat petai...manalah aqilah tahu".
Emmm..anak-anak sekarang..petai dan tapai pun sukar dan lambat untuk mengenalinya.

Tapai pulut memang banyak.Adik Azah yang buat.Dia kirimkan melalui adik Deen yang berkunjung ke PD.


Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox