Fajar aidil adha akan tiba 2 hari lagi(27 November 2009-Jumaat).
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita semua masih diberi "nafas" hingga ke saat ini.Apa pun kita mengharapkan agar "umur" kita terus dipanjangkan oleh Yang Maha Kuasa serta dipelihara iman dan takwa kita.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
From Pelbagai Picture |
Kesempatan ini saya "hazbj dan family" ingin merakamkan ucapan "selamat menyambut aidil-adha 1430H".Salah dan silap mohon dimaafkankan.Apa yang penting...marilah sama-sama kita "menghayati sejarah pengobanan nabi Ibrahim menjalani arahan Allah agar menyembelih anaknya Ismail".Peristiwa ini tidak akan dilakukan sebarang manusia.Tindakan Nabi Ibrahim ini lahir dari "aqidah dan keimanan yang amat tinggi terhadap Allah".Peristiwa korban inilah yang menjadi salah satu element kepada "hari raya korban" yang kita rayakan saban tahun.
Kepada muslimin dan muslimat yang sedang menunaikan ibadah haji(termasuk ibubapa mertua,acik Zabidah,Mok chek serta suami)...didoakan moga dipermudahkan oleh Allah terhadap apa jua urusan ibadah di sana dan memperoleh haji yang mabrur - insyaAllah.
From My Family Album(2009) |
Sekali lagi ..salam aidil-adha buat semua sahabat,saudara-mara serta yang mengenali diri ini.
No comments:
Post a Comment