Kemelut serta musibah ekonomi global yang sedang melanda kini...mungkin juga satu teguran Tuhan kepada kita semua.Suasana kekukuhan serta kemantapan ekonomi sebelum ini membuatkan kita "terlampau mengejar kebendaan" sehingga kita lupa akan siapa diri,siapa Tuhan,kehidupan sementara serta kehidupan kekal abadi yang mesti dilalui oleh setiap insan.
Kita lupa "banyak perkara" samada yang disuruh atau yang dilarang oleh Tuhan.Usahlah saya detailkan mengenai "perkara yang dilupai" itu...faham dan hayatilah masing-masing,beristiqfar serta tepuk dada - tanya IMAN.
Dikesempatan ini hanya satu perkara sahaja yang ingin saya sentuh dan ingin kongsikan bersama iaitu solat berjamaah di masjid.
Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
“ada seorang buta datang mendapatkan nabi S.A.W katanya: “ya Rasulullah, saya tidak mempunyai penuntun yang akan membimbing saya ke masjid.” Lalu dimohonnya kelonggaran untuk bersembahyang di rumah sahaja. Permintaannya itu dikabulkan oleh nabi. Tapi baru sahaja ia pergi, tiba-tiba dia dipanggil kembali oleh nabi yang menanyakan: “adakah anda dengar panggilan azan?” ujarnya: “ya.” Maka sabda baginda pula: “kalau demikian, datang sajalah!” (riwayat muslim) Sedangkan orang yang buta pun nabi suruh solat berjemaah di masjid, inikan lagi orang yang sempurna. So, diri tu kan tak buta dan boleh mendengar, pergi la ke masjid!
Dari ibnu umar r.a bahwa Rasulullah S.A.W bersabda: صَلاةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الفًذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً –متفق عليه Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh darjat.
Dari itu saya mengajak diri saya dan kesemua yang mengaku dirinya muslim...berjinak-jinaklah ke masjid untuk solat berjamaah.
1/03/2009
Mungkin juga satu teguran Tuhan kepada kita
Labels:
Keluarga saya dan Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment