Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

3/26/2010

Moga ayah cepat sembuh

Hari ini(26 March 2010)..aku sempat ziarah ayah(mertua) yang disahkan sakit jantung.Ayah pada mulanya ditempatkan di hospital sultan ismail terpaksa dipindahkan ke hospital sultanah Aminah memandangkan keadaan sakit ayah makin teruk.

Apapun..aku berdoa moga-moga sakit ayah disembuhkan dengan kadar segera.
From My Family Album(2009)
(Kenangan - sekembali ayah dari Mekah_2009)

Waktu ziarah panjang tapi tidak dapat lama seperti masa yang diperuntukkan.Ini disebabkan arahan ziarah hanya 2 orang sahaja dalam satu masa dan juga terpaksa kejar masa untuk ambil anak balik sekolah.(Paham-paham sajalah highway Pasir Gudang,hari-hari sesak memanjang).

Baca Selanjutnya »»

2/21/2010

Cuti Tahun Baru Cina - Satu Catatan

Abah jomm balik kampung di Besut..kita jumpa nenek..jumpa atuk!! Boleh abah?Boleh la..boleh la...Abah ambil cutilah!!!kata anak-anak.Sebenarnya sedari awal lagi tak ader planning besar apatah lagi cuti sebegini.Lagipun cuti aku hanya dua hari jer.

Tapi...rupanya sekolah cuti seminggu...apa lagi akupun mengiakan ajelah ajakan anak-anak tadi.Mereka laju jer siapkan untuk pulang kampung.Bertolak jam 8:00mlm(12/02/10) dan sampai di Jertih 8:00 pagi.(Kepulangan aku kali ini bukanlah semata-mata bercuti dan melayan permintaan anak2 ...tapi nun jauh disudut kalbu...."rindu teramat bangat" pada emak dan ayah yang sangat uzur....dan jauh dimata)
From My Family Album(2010)

(Jumpa ayah kat kebun getah-sampai umah..umah berkunci)

From My Family Album(2010)

(Kesempatan - kenangan 1)
From My Family Album(2010)

(Kesempatan-Kenangan 2)

Petang - ikut emak dan ayah ke kenduri kesyukuran di rumah Mak Cik Hasanah(Mak sepupu) dan singgah jap umah Pak Cik Md Noor(sepupu emak) di kampung Kerandang.


Pagi esoknya sibuk nak main pantai pulak...emm..penat drive belum hilang so..aku ajak anak2 ke Pantai Bukit Keluang aje.Itu pun jejak sampai jam satu tengahari.
From My Family Album(2010)

(Kenangan 3)
From My Family Album(2010)

(Kenangan 4 - daki bukit keluang)

Esoknya pulak-minta gi kolam sejuk(layan ajelah tapi mana nak pergi?Bincang2..kita gi ke Jeram Linang ajelah.)
From My Family Album(2010)

(kenangan 5 - Kolam Jeram Linang) - Haziqah menggigil kesejukan.
From My Family Album(2010)

(kenangan 6 - Kolam Jeram Linang)
From My Family Album(2010)

(kenangan 7 - Kolam Jeram Linang(Emm..dah kesejukan!!!)
Esoknya pula..ekpedisi mendaki bukit puteri(melalui jalan lori angkut pasir sungai).Teruk naza aku dibuatnya.Lori angkut pasir pun"mengaum semacam" apatah lagi naza...heee..heee
From My Family Album(2010)

(Kenangan 8)
From My Family Album(2010)

(Kenangan 9 - Kukus nasi dagang)
From My Family Album(2010)

(Kenangan 10- Buat bubur as-syuraa) Ahaaa...seronok tuu kacau,buat dan makan bubur as-syuraa.Maklumlah dah lama tak memasak dan memakannya.Sebenarnya..target utama masak bubur as-syuraa ialah untuk mengumpulkan sedara-mara terdekat dan menikmati kemeriahannya - Moga ukhwah lebih bertambah.
From My Family Album(2010)

(Kenangan 11-sebelum bertolak balik ke JB)-Setelah seminggu dikampung(melayan kerenah dan kehendak anak2,melepas rindu dendam pada emak dan ayah) kami sekeluarga kembali ke Jay Bee semula.Maafkan emak dan ayah....kerana kami "gagal untuk sentiasa berada disisimu ".Apa tah lagi ditika usia lanjutmu ini.Apa pun..kami doakan moga emak dan ayah sentiasa dirahmati Allah dan dihindarkan dari musibah yang berat-berat. Amin......




Baca Selanjutnya »»

1/02/2010

Selamat Jalan 2009 dan Selamat Datang 2010

Alhamdulillah dan syukur kepada Yang Maha Kuasa kerana "masih sudi" memberi "nafas" khususnya untuk diri ini dan umumnya kepada pembaca sekalian.

Sesungguhnya anugerah ini amat berharga dan bermakna sekali buat suatu kehidupan seorang insan.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Detik-detik 2009 telah pun berlalu pergi.Kini kita berada difajar 2010.
2009 berlalu dengan pelbagai kenangan samada pahit atau manis.Apapun...jadikanlah 2009 sebagai iktibar,pengajaran serta asas lonjakan untuk lebih berjaya dan cemerlang di tahun 2010 ini.

Tahun baru 2010 pula bakal kita hadapi dan tempuhi bersama.Onak,duri,pahit dan manisnya belum kita rasai.Apapun kita sama-sama berdoa dan mengharapkan agar "Yang Maha Kuasa" mempermudahkan segala urusan kita semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2010 UNTUK SEMUA.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Baca Selanjutnya »»

12/31/2009

Alhamdulillah..selamat pulang emak dan ayah

30hb December 2009.

Alhamdulillah ayah dan emak mertua selamat kembali ke tanahair setelah mengerjakan ibadah haji.

Sepanjang pemergiannya..cucunya(aqilah & haziqah) sering bertanya...bilanya atuk dan emak nak balik..rindulah...

From My Family Album(2009)


From My Family Album(2009)





Baca Selanjutnya »»

12/23/2009

Telah lama sangat aku tinggalkan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Memang aku akui..sebab aku pernah lakukannya.Nikmat ketenangannya amat hebat.Tapi...sudah agak lama aku tinggalkan.Entahlah,apa masalahnya.

Namun mulai saat ini(azam hijrah 1431H) aku akan cuba melakukannya.

Ya Allah,kurnia dan berikanlah kekuatan kepada diriku ini untuk melakukannya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Moga aku berjaya dan istiqamah dalam ibadah ini.





Baca Selanjutnya »»

12/19/2009

Salam Maal Hijrah buat semua 1431H

Kepada semua saya ucapkan selamat tahun baru hijrah 1431H.
Moga semuanya diberkati,dirahmati oleh Allah walaupun dimana sahaja kita berada.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini





Baca Selanjutnya »»

12/10/2009

SNC KOMUNITI


Visit SNC KOMUNITI


SELAMAT DATANG KE SNC KOMUNITI.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan (samada yang masih bekerja di SNC atau pun yang telah berhijrah).SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.

Alhamdulillah..sewaktu saya "search" nama rakan-rakan sekolah terjumpa pula dengan satu komuniti sekolah saya dahulu.Setelah "menyertai dan seronok bersamanya - maklumlah dapat berinteraksi dengan rakan-rakan lama(dalam dan luar negara)".....maka terlintas pulak...ada bagus jika saya perkenalkan kepada warga snc.Ianya boleh mengeratkan kita bersama walaupun berada berjauhan.
Jadi,melihat kepada kejayaan komuniti sekolah saya maka saya mengharapkan serta berdoa semoga suatu masa nanti ianya berjaya menjadi "Wadah Ukhwah secara Online serta bertukar-tukar maklumat".

SNC KOMUNITI INI dipunyai oleh warga snc(pekerja dan bekas pekerja) tanpa mengira jawatan.Rakan-rakan bebas menggunakannya semaksima mungkin.NASIHAT SAYA...JAUHKAN UNSUR-UNSUR TIDAK ELOK DARI SUDUT AGAMA MAHUPUN ADAT.PUPUK DAN BINALAH RASA HORMAT MENGHORMATI ANTARA KITA.

Kepada rakan-rakan yang mendapat "jemputan via e-mail atau lisan"..hebah-hebahkanlah kepada rakan yang lain supaya menjengok dan menyertai komuniti ini.Sebagai makluman - saya amat memerlukan pandangan dan bantuan rakan-rakan bagi memeriahkan KOMUNITI SNC ini.Segala kemuskilan,teguran atau pandangan bolehlah diajukan melalui ( komunitisnc@gmail.com).

Sekian. Terima kasih.

Wassalam Wassalam





Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox