Al-fatihah buat adik Zain kerana telah kembali ke rahmatullah pada 02hb.March 2009.Beliau mengadu sakit dada dan sesak nafas setelah selesai berwuduk dan menanti masuk waktu untuk solat Insyak.Beliau menghembuskan nafas disisi isterinya.
From My Family Album(2009) |
From My Family Album(2008) |
Adik Zain adalah anak ke-enam dari kami adik beradik dan dia adalah yang paling awal "meninggalkan" kami.Kami redha dengan pemergiaan ini dan kami serah kepada Allah dan kami semua mengharapkan kemaafan serta keampunan terhadap segala dosa serta kesalahannya oleh Allah Tuhan yang memiliki alam ini.
Zain adalah "pesakit jantung berlubang" sejak dari lahir lagi(1972).Banyak usaha telah dilakukan untuk mengubatinya.Namun sakitnya tak juga sembuh.Doktor pernah menyarankan agar dibedah di Manila(pada waktu itu hanya di Manila ada pusat jantung)namun disebabkan pelbagai kesulitan maka saranan doktor tersebut tidak dapat ditunaikan.
Beliau juga sejak akhir-akhir ini sangat uzur dan tidak boleh bekerja lagi.Hari-hari yang dilaluinya banyak rehat di rumah sahaja.Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak lelaki.
From My Family Album(2009) |
Alhamdulillah..saya sempat membantu memandikan,mengkafankan dan memasukkannya ke liang lahad.Doa kami semoga Allah mencurahkan kasih sayangNya dengan mengampuni segala kesalahan dan dosanya serta menempatkan jenazah adik zain ini bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment