Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

3/26/2010

Happy Birthday Untuk Naim

Soal tarikh lahir dan hari jadi ni..memang tak masuk kepala.Dari dulu hingga ke looni...serupa jer.

Petang..hampir jam 610 baru aku teringat yang hari ini(26 March 2010) hari lahir angah(Naim).
From My Family Album(2009)


Maafkan abah kerana terlupa.Tuan punya badan pun tak ingatkan.Apabila ditanya..katanya "kan abah nak sambut ikut tarikh hijrah!!!"Ahaaa...baru aku teringat...aku dah convert kesemua ahli keluarga dari Masehi ke Hijrah....aku senyummm mengenangkan "keterlupaanku".Okey...kalau camtu...kita sambut pada tarikh hijrah(20 Zulhijjah nanti)

Apapun..doa abah dan ummi...moga Naim berjaya di dunia dan akhirat serta dirahmati Allah walau di mana berada.



Baca Selanjutnya »»

Moga ayah cepat sembuh

Hari ini(26 March 2010)..aku sempat ziarah ayah(mertua) yang disahkan sakit jantung.Ayah pada mulanya ditempatkan di hospital sultan ismail terpaksa dipindahkan ke hospital sultanah Aminah memandangkan keadaan sakit ayah makin teruk.

Apapun..aku berdoa moga-moga sakit ayah disembuhkan dengan kadar segera.
From My Family Album(2009)
(Kenangan - sekembali ayah dari Mekah_2009)

Waktu ziarah panjang tapi tidak dapat lama seperti masa yang diperuntukkan.Ini disebabkan arahan ziarah hanya 2 orang sahaja dalam satu masa dan juga terpaksa kejar masa untuk ambil anak balik sekolah.(Paham-paham sajalah highway Pasir Gudang,hari-hari sesak memanjang).

Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox