Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

2/15/2009

Hidup ini-dosa,pahala,keberkatan dan kifarah oleh Allah

Hidup ini-dosa,pahala,keberkatan dan kifarah oleh Allah

Sedar atau tidak itulah hakikat hidup.Sebagai umat islam dan yakin bahawa kita adalah hamba Allah perlu sedar hakikat ini.

Kita mampu dan boleh lakukan apa sahaja yang kita mahu..apa yang kita inginkan.Tapi awas...hebat mana sangat kita ni,kuat mana sangat kita ni.Memang kita ada kekuatan akal untuk menipu,memperdaya dan meng"yah"kan sesiapa yang kita tidak suka.Kita banyak muslihat untuk menipu mangsa kita...TAPI kita mesti ingat..ALLAH MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN.ALLAH TIDAK SEKALI-KALI LALAI....

Jadi,diruangan ini saya ingin NASIHATKAN(nama?x payahlah) sedarlah dan kembalilah kepada jalan yang hak dan betul.Telah banyak kesilapan(dosa kepada sesama makhkluk dan Allah) yang telah dilakukan.Sebelum ini pun dah banyak kali ditegur oleh saya dan Allah tapi awak masih berdegil.Kali ini,ALLAH MENEGUR LAGI DALAM KEADAAN LEBIH KERAS SIKIT.Keluarga tak semua yang tahu dan masyarakat setempat pun tak ramai yang tahu...so,NAK BUAT LAGI SELEPAS INI?

Ingatlah Allah akan menegur DAN TETAP MENEGUR setiap kesalahan tindakkan kita dan Allah jua yang menyelamatkan kita.Musibah yang anda hadapi kini adalah satu KIFARAH DARI ALLAH.Allah mahu balas apa yang awak dah buat kepada sesama yang lain.Allah mengharapkan awak sedar dan insaf.Seandainya awak masih berdegil dan lakukan lagi...tunggulah KIFARAH YANG LEBIH BESAR DARI ALLAH.Masa tu..semua ahli keluarga tahu..masyarakat setempat tahu...mana tempat awak nak sorokkan muka!!!



Sebagai salah seorang anggota keluarga dah banyak kali saya tegur dan teguran saya bukan atas dasar benci atau seumpamanya.Teguran semata-mata kerana "SAYANG" dan mahu melihat kejayaan serta kebahgiaan awak di dunia dan akhirat.Sekiranya baik dan damai yang awak lakukan maka baik dan damai jugalah yang kita perolehi begitu juga dengan kedua ibubapa.

Dahlah..bukannya saya ini dari golongan yang terbaik untuk nasihatkan awak tapi jika anggota keluarga tak boleh nak nasihat...siapa lagi yang boleh diharapkan.Orang "luar" hanya pandai mengata dan bertepuk tangan sahaja.Yang menanggung malu siapa??? angota keluarga,saudara-mara dan sahabat handai kan???

Untuk itu insafkanlah tentang hakikat hidup kita yang sebentar dan sementara ini.Akhirat yang kita tujui bersama dan di sana kekal abadi.Hidup di dunia adalah bekal untuk akhirat dan janganlah kita penuhi bekal kita ini dengan dosa-dosa.Penuhilah bekal kita dengan pahala dan keberkatan.Mudah-mudahan kita beroleh nikmat di akhirat nanti.

Akhirnya - banyakkanlah ingatkan Allah tentang kifarah ini,mohonlah keampunan dariNya dan tingkatkanlah amal-amal baik...moga Allah meredhai kehidupan anda.

Wassalam.

No comments:

 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox