Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

2/28/2009

Selamat Menyambut Orang Baru - Buat Sue

Buat Sue..selamat menyambut kedatangan insan baru.Maaf tak sempat untuk datang ziarah almaklumlah jarak yang jauh.

Walau apapun..moga sentiasa dirahmati oleh Allah di setiap masa dan dalam apa jua keadaan.
From My Family Album(2009)


From My Family Album(2008)


From My Family Album - Before 2007










Baca Selanjutnya »»

2/15/2009

Hidup ini-dosa,pahala,keberkatan dan kifarah oleh Allah

Hidup ini-dosa,pahala,keberkatan dan kifarah oleh Allah

Sedar atau tidak itulah hakikat hidup.Sebagai umat islam dan yakin bahawa kita adalah hamba Allah perlu sedar hakikat ini.

Kita mampu dan boleh lakukan apa sahaja yang kita mahu..apa yang kita inginkan.Tapi awas...hebat mana sangat kita ni,kuat mana sangat kita ni.Memang kita ada kekuatan akal untuk menipu,memperdaya dan meng"yah"kan sesiapa yang kita tidak suka.Kita banyak muslihat untuk menipu mangsa kita...TAPI kita mesti ingat..ALLAH MELIHAT APA YANG KITA LAKUKAN.ALLAH TIDAK SEKALI-KALI LALAI....

Jadi,diruangan ini saya ingin NASIHATKAN(nama?x payahlah) sedarlah dan kembalilah kepada jalan yang hak dan betul.Telah banyak kesilapan(dosa kepada sesama makhkluk dan Allah) yang telah dilakukan.Sebelum ini pun dah banyak kali ditegur oleh saya dan Allah tapi awak masih berdegil.Kali ini,ALLAH MENEGUR LAGI DALAM KEADAAN LEBIH KERAS SIKIT.Keluarga tak semua yang tahu dan masyarakat setempat pun tak ramai yang tahu...so,NAK BUAT LAGI SELEPAS INI?

Ingatlah Allah akan menegur DAN TETAP MENEGUR setiap kesalahan tindakkan kita dan Allah jua yang menyelamatkan kita.Musibah yang anda hadapi kini adalah satu KIFARAH DARI ALLAH.Allah mahu balas apa yang awak dah buat kepada sesama yang lain.Allah mengharapkan awak sedar dan insaf.Seandainya awak masih berdegil dan lakukan lagi...tunggulah KIFARAH YANG LEBIH BESAR DARI ALLAH.Masa tu..semua ahli keluarga tahu..masyarakat setempat tahu...mana tempat awak nak sorokkan muka!!!



Sebagai salah seorang anggota keluarga dah banyak kali saya tegur dan teguran saya bukan atas dasar benci atau seumpamanya.Teguran semata-mata kerana "SAYANG" dan mahu melihat kejayaan serta kebahgiaan awak di dunia dan akhirat.Sekiranya baik dan damai yang awak lakukan maka baik dan damai jugalah yang kita perolehi begitu juga dengan kedua ibubapa.

Dahlah..bukannya saya ini dari golongan yang terbaik untuk nasihatkan awak tapi jika anggota keluarga tak boleh nak nasihat...siapa lagi yang boleh diharapkan.Orang "luar" hanya pandai mengata dan bertepuk tangan sahaja.Yang menanggung malu siapa??? angota keluarga,saudara-mara dan sahabat handai kan???

Untuk itu insafkanlah tentang hakikat hidup kita yang sebentar dan sementara ini.Akhirat yang kita tujui bersama dan di sana kekal abadi.Hidup di dunia adalah bekal untuk akhirat dan janganlah kita penuhi bekal kita ini dengan dosa-dosa.Penuhilah bekal kita dengan pahala dan keberkatan.Mudah-mudahan kita beroleh nikmat di akhirat nanti.

Akhirnya - banyakkanlah ingatkan Allah tentang kifarah ini,mohonlah keampunan dariNya dan tingkatkanlah amal-amal baik...moga Allah meredhai kehidupan anda.

Wassalam.

Baca Selanjutnya »»

2/07/2009

Renungan tentang hidup dan rezeki

seringkali Tuhan menjadikan apa yang berlaku dan dilakukan oleh kawan2 kita sebagai cubaan dan dugaan kepada kita supaya kita mendapat peringatan..

haram halal nih kita semua dah tau.. cuma kadang2 kita mencari2 alasan untuk menghalalkan apa yg kita nak buat.. ini masalah kita cuba tipu diri sendiri.. tapi kita takleh tipu hati kita.. hati tetap tak tenang kalo kita buat dosa dan maksiat.. sebab tuh kita sendiri dah tahu halal haram.. cuma kita saja nak menyedapkan (tipu) hati kita sendiri dgn cuba nak ajak org bersetuju dgn kita..

rezeki tuh dah tetap.. kita kerja, meniaga, invest, dsb, bukan sebab cari rezeki tapi sebab ibadah.. dan bila kita dapat duit/harta, belum tentu rezki kita.. duit kita simpan berbukit2 dlm bank, belum rezki kita sebab kita belum pakai.. so kita sedapkan hati dengan alasan simpan utk anak2.. kita cuba berlagak Tuhan siapkan rezki utk anak2..

harta kita bukan apa yg kita kumpul/simpan, tapi apa yg kita sedekah/infaq/ zakat dsb.. kaya bila kita berjaya wakafkan tanah yg kita baru beli.. sebab once kita wakaf, dan org gunakan harta kita utk kebaikan, pahala jalan terus.. simpan dalam bank, pahala tak jalan.. yg jalan riba.. bercampur2 pulak harta kita.. tapi kita peduli ker?

betapa kita terlalu sayangkan dunia sampai takut nak mati.. bila sakit org berubat bukan sebab supaya tak mati.. sebab berubat itu ibadah.. kenapa Nabi saw ajar sahabat ttg ubat padahal Nabi saw hanya perlu doa utk sembuhkan sahabat.. Nabi saw ajar berubat kerana berubat itu ibadah, sebab mati tuh tetap..

org Islam patut mencintai mati.. mati cara Islam.. syahid.. itu yg org Islam cari.. sebab syahid tuh keistimewaan, short-cut yg Tuhan tawarkan hanya dalam Islam.. tapi byk kita nih takut mati.. dengan seribu satu alasan.. doa mintak umur panjang bukan sebab nak beribadah tapi semata2 takut nak mati.. bukan kerna menginginkan syurga tapi takut masuk neraka.. ini realiti.. pikir2 kita nih sbnrnya tak kisah tak masuk syurga, tapi kita takut masuk neraka.. tak kisahlah asalkan itu menjadi sebab kita beribadah kepada-Nya.. kalo tak rindu, maka takutlah.. cuma kadang2 pula bila takut nih buat kita lari menjauh, maka datangkanlah kerinduan, biar kita dekat dengan-Nya..

konsep hamba tuh pun ada dua.. satu buat kerja sebab takut.. itu hamba firaun.. satu lagi buat kerja sebab sayang.. contoh budak suruhan Nabi saw.. mak bapak datang nak amik dan Nabi saw merdekakan pun dia tetap nak duduk dengan Nabi saw.. kita nih hamba yang mana satu?

hidup nih ibadah.. memberi hutang itu ibadah.. berusaha membayar hutang itu ibadah.. cari harta ibadah.. sedekah lagi besar ibadah.. masya-Allah. . sama dgn cari ilmu.. cari ilmu.. bukan sekadar terima ilmu.. cari ilmu dan ajarkan.. itu ibadah.. itu harta kita di dunia.. bila ustaz kata haram, kita kaji, bukan sebab nak pertikai tapi sebab mengkaji ilmu itu ibadah.. kalo tidak buat apa Quran dan hadis dikaji oleh semua org.. cukuplah sorang.. tafsir Quran sendiri byk versi.. sebab pengkajian itu ibadah.. bukan sekadar baca saja..

tgok para sahabat dalam 3 kurun yg Nabi saw kata yg terbaik.. dia belajar pada satu guru, dah khatam cari guru lain pulak.. bukan sekadar belajar ilmu tauhid tapi belajar juga ekonomi, astronomi, kenegaraan, perubatan, etc.. sebab belajar itu ibadah.. ilmu itu harta manusia sebenar.. diorg bukan sekadar baca dan dengar tapi kaji.. perhalusi.. sebab tuh Imam Shafie sendiri boleh berubah pendapat.. bukan sebab salah tapi sebab diperhalusi. .

kita berbincang nih ilmu.. kita perhalusi apa yg kita paham... amik pendapat.. kita berbincang bukan sebab nak pertahan apa yg kita paham.. sebab belum tentu apa yg kita paham tuh mutlak.. Saidina Ali ra yg digelar pintu ilmu pun ada diriwayatkan minta org yg jumpa dia utk amik nasihat dari org lain.. padahal beliau paling lama Islam bersama Nabi saw..

balik citer bab kaya, sapa kata tak boleh kaya? boleh kaya tapi apa pula tujuannya? kaya nih bukan sekadar kira berapa byk duit dlm akaun kita.. itu belum rezeki kita.. rumah besar hati tak tenang.. mana rezekinya? bila kita cari harta biarlah kerna ianya satu ibadah.. bukan kerna kita nak bermegah2.. itu riak.. lagi besar masalah..

riak nih bukan hanya bila kita tunjuk2 kat org.. kita tengok akaun kita beratus ribu, pastuh kita bangga sendiri, itu pun dah riak, walaupun kita tak citer kat org.. masa solat jemaah, kita rasa solat kita lebih baik dari org sebelah, dah riak, rosak solat, takder makna.. apalagi dlm berbangga diri semasa cari rezeki.. aku dapat lagi banyak dari ko, etc.. rosaklah maksud mencari rezki sebagai ibadah.. sama gak dalam mencari ilmu.. bila bincang dan kita rasa kita pandai.. riak.. rosaklah ilmu yg kita ada..

maka aku mengingatkan pada diri aku nih.. Tuhan jadikan manusia untuk beribadah kepada-Nya.. ini sebab manusia dicipta.. maka hiduplah beribadah.. buat semua kerana Tuhan, bila niat dah jelas, maka bab halal haram nih pun jelas.. bila niat tak jelas rosaklah semua.. niat kerana Allah swt bukan kerna yg lain..

bukan niat cari rezki utk anak bini, bukan niat cari ilmu supaya leh dapat kerja bagus atau dapat buat bisnes yg bagus.. bukan tolong org sebab kesian.. bukan kahwin sebab nak anak, sebab tak tahan syahwat.. bukan buat anak supaya panjang keturunan.. bukan, bukan, bukan.. kita buat sebab nak beribadah kerana Allah swt.. dan kerna itulah Tuhan menciptakan manusia.. menyembah-Nya. .

menyembah bukan sekadar solat beratus rakaat sehari, zikir beribu2 sehari, puasa hampir sepanjang umur.. tapi menyembah Tuhan dengan cara menghidupi hidup.. itu ibadah dalam pengertian menyembahnya. . segalanya kerna Dia, bukan yang lain.. waima mencintai Nabi saw itu sendiri kerana ibadah..

cuba kita renungkan, contoh bila kita makan, kita makan bukan sebab lapar, tapi kerana Allah swt, kita takkan makan seperti org kafir makan.. sebab kita tahu sebab sebenar kita makan.. menikmati rezeki itu ibadah.. bila kita nak menyanyi, nyanyi kerna Tuhan, ibadah, maka tiadalah keluar yg sia2 melainkan zikir memuji-Nya.. sama dgn kita menulis, maka tidaklah keluar perkataan yang sia2.. kerna yg sia2 itu bukan ibadah..

mohon kalo ada yg salah dalam perkataanku maka perbetulkanlah aku.. kerna itu juga ibadah.. dan moga usaha aku membetulkan diriku juga suatu ibadah.. dalam perjalanan mencari redha-Nya..

panjang pulak aku tulis.. maaf kalo mencuri waktu sahabat sekalian.. mintak maaf tuh ibadah.. memaafkan lagi besar ibadah.. hanya memanjangkan pesan arwah atukku, hiduplah kerna hidup itu ibadah..

wallahualam. .

Nukilan dari satu forum sebagai renungan.


Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox