Sabda Nabi (saw)... ألمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضاً "Seorang Mukmin yang satu dengan yang lain bagaikan suatu bangunan, sebagiannya memperkuatkan sebagian yang lain. Ujar baginda sambil menyilangkan jari-jarinya." (HR. Al-Bukhari: 6026, Muslim: 6528)

6/12/2009

Ayah...deritamu masih belum berakhir rupanya.....

Selesai majlis persandingan adik Zul rombongan kami terus berpisah.Acik Din balik ke Shah Alam,ayah ke Johor tapi hantarkan adik Khairul di UKM Bangi manakala aku balik ke Besut,Terengganu.

Awalnya..cuaca agak panas tapi sampai di Jeli hingga ke simpang ke tanah Merah hujan turun dgn lebat.Amat sukar untuk memandu kerana lampu kereta "kenceng" sebelah.Tiba di kampung pukul 930 malam.

Melihat keadaan ayah...menitis gak air mata nie.Ingatkan sakit dan derita ayah beransur baik namun sebaliknya .50 puluh tahun derita ini ditanggung ayah.Telah puas berubat melalui pelbagai kaedah namun tetap begitu juga.Sungguh "jahat" kerja "dia"...hari ini baik...malam atau esoknya dah sakit semula."YA ALLAH HENTIKANLAH KERJA JAHAT DIA TU..ATAU ENGKAU HANCURKAN(BALAS DENGAN KADAR SEGERA) KEPADA SI DIA TU"Sembuhkanlah sakit ayah.

Apa pun aku amat kagum dengan sikap ayah yang amat tabah dalam menghadapi "sakit serta ujian Allah" ini.Moga,ayah terus tabah dan dikurniakan "kesembuhan" oleh Allah dalam kadar segera.

Namun begitu maafkan anakmu ini...kerana tidak dapat sentiasa disisimu.(Membantu meringankan sakitmu)Kekadang terlintas dihati..ayah yang telah banyak berkorban kepada anak-anak tapi aku masih tak mampu untuk sentiasa disisinya terutama ketika dia memerlukan anak-anak di sisinya.MAAFKAN DIRI INI..AYAH...

Menyentuh sakit dan derita ayah yang begitu lama amat dasyhat untuk dikisahkan.Ianya berkisar tentang "Cinta dan dendam".Lebih merumitkan ianya melibatkan kekeluargaan.

Ya Allah..kurniakan doa kami(anak-anak,menantu serta cucu-cucunya)agar disembuhkan segera derita ayah kami...
Baca Selanjutnya »»

Selamat Pengantin Baru Buat Adik Zul

Emm...alhamdulillah selesai sudah mempelai ini diijabkabulkan.Selamat "pengantin Baru" buat adik Zulkifli dan Zurina.Moga berjaya mengharungi bahtera rumah tangga ini sehingga akhir hayat.

From My Family Album(2009)

From My Family Album(2009)

Walaupun agak "kepenatan" disebabkan jarak perjalanan yang jauh(selatan ~ utara)namun syukur kepada Allah kerana dikurniakan keselamatan kepada semua(terutama rombongan kami) sehingga majlis ini dapat berjalan lancar.

Rombongan ini turut disertai oleh Acik Din dari Shah Alam.

From My Family Album(2009)



Baca Selanjutnya »»
 
Setting Up Blog Using Blogger | Original Template By iEn | Modified By Hazbj © 2008 | Best Screen Resolution: 1024x768 Pixels | Best View With Firefox